Penyanyi Christina Grimmie, yang juga bekas peserta program The Voice 2014, mati ditembak selepas mengadakan konsert di Florida Jumaat lalu.
Daily Mail melaporkan Christina, 22, ditembak kira-kira pukul 10.45 malam ketika penyanyi itu berada di belakang pentas untuk bertemu peminat.
Pihak polis sudah mengenal pasti identiti penembak penyanyi Christina Grimmie sebagai Kevin James Loibl, dipercayai melepaskan empat tembakan ke arah Christina ketika mangsa sedang menghadiri majlis beramah mesra dan sesi menandatangani autograf sebaik persembahannya selesai.
Suspek dilaporkan membunuh dirinya dan mati di tempat kejadian selepas abang kepada Christina cuba menangkapnya.
Penyanyi yang mendapat tempat ketiga ketika menyertai The Voice itu dibawa ke sebuah hospital namun disahkan meninggal dunia pada 2.45 pagi akibat cedera parah.
Menurut Ketua Polis Orlando, John Mina, suspek yang berasal dari St. Petersburg, berkunjung ke Orlando dengan dua pistol dan sebilah pisau semata-mata ingin menembak Grimmie.
Namun sehingga kini pihak polis masih belum mengetahui motif sebenar tindakan suspek dan dipercayai mangsa tidak mengenali suspek.
Sementara itu, polis turut menyifatkan tindakan berani abang Christina, Marcus Grimmie yang berhadapan dengan suspek selepas dia melepaskan tembakan ke adiknya adalah sebagai satu ‘heroic act’.
“Tindakan Marcus disifatkan sebagai hero kerana dia telah berjaya menyelamatkan orang lain yang mungkin turut menjadi mangsa suspek,” katanya.
Marcus bertindak bergelut dengan suspek sebelum suspek akhirnya menembak mati dirinya sendiri.
Christina merupakan bekas peserta program realiti The Voice musim keenam dan merupakan anak didik kepada coach Adam Levine dalam rancangan tersebut.
BACA INI JUGA: Perang Dingin Terkenal Antara Artis Dan Ibu Bapa Mereka
UPDATE!
(14/6/2016)
Adam Levine Sponsor Kos Pengebumian Christina
Adam Levine menyatakan hasrat untuk menanggung segala perbelanjaan majlis pengebumian bekas anak didiknya dalam program realiti nyanyian The Voice, Christina Grimmie.
Perkara itu didedahkan abang Christina, Marcus Grimmie menerusi status di laman Facebook.
Tulisnya, ‘Saya baru dapat tahu Adam sendiri telah menelefon ibu saya dan memberitahu bahawa dia mahu bayar kos pengebumian dan kos penerbangan membawa pulang jasad adik saya, saya rasa terharu atas kebaikan hatinya itu.’
Adam turut menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga Christina menerusi status di laman makro Twitter miliknya beserta sekeping gambarnya bersama mendiang.
BACA INI JUGA: Artis-artis Hollywood Yang Berpelajaran Tinggi
Sumber: Mynewshub.cc

Kevin James Loibl.