Sunday, June 19, 2016

Menurut Kajian, Terlalu Kuat Bekerja Tanda Sakit Mental


Di Britain, banyak syarikat mendapati semakin ramai pekerjanya tidak mengambil cuti tahunan kerana kononnya gemar bekerja atau workaholic.

Working+Hard.jpg

Hakikatnya, para penyelidik mendapati bahawa mereka yang terlalu kuat bekerja sebenarnya mempunyai satu masalah mental.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Begen di Nottingham, England mendapati, seseorang pekerja yang sering dibebani dengan kerja yang banyak, panggilan telefon serta e-mel tanpa henti menyebabkan mereka mengalami gangguan kurang tumpuan atau disebut sebagai adult attention deficit hyperactivity disorder (ADHD).

Kajian tersebut dijalankan ke atas 6,000 orang individu dewasa yang menunjukkan tanda-tanda kuat bekerja melebihi perkara lain seperti keluarga, hubungan cinta dan keseronokan hidup.

Golongan itu bagaimanapun tidak mengaku mereka kuat bekerja, mereka menyifatkan mereka suka pekerjaan yang dilakukan.

Menurut seorang pakar psikologi dari sebuah klinik di Birmingham, Dr. Michael Drayton, orang yang kuat bekerja juga cenderung mendapat kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan sentiasa penuh dengan tekanan.

“Mereka tidak menyedari bahawa kecenderungan mereka untuk bekerja sebenarnya menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam diri masing-masing kerana mereka sebenarnya terlalu tertekan,” katanya.

BACA INI JUGA: Menjadi Jutawan Dengan Cara Yang Sangat Luar Biasa!

Sumber: Kosmo

4 comments

  1. bekerja secara sederhana po bo kio SP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sentiasa bertenang ba kan cikgu etuza..:)

      Delete
  2. ada jg rakan sekerja tugas lain , orang punya tugas dia pigi galas amacam tu...saya tak sanggup buat kerja orang lain..hehehehe ..penat bah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan sebab telampau rajin, itu minta puji mangkali hehe

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon