Wednesday, June 15, 2016

McDonald's Dan Mi Ramyeon Korea Halal Di Makan


Orang ramai dinasihat supaya menghentikan penyebaran berita palsu mengenai status halal produk makanan restoran makanan segera McDonald's yang dikesan kembali aktif di laman sosial.

McDonald's Haram.jpg
Gambar hiasan.

Seorang jurucakap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik perhatian bahawa jabatan itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berhubung status halal restoran berkenaan.

"Kita harap perkara ini tidak lagi dimainkan oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi Bernama.

Berita palsu itu mempertikaikan status halal hidangan burger Quarter Pounder yang dijual di restoran makanan segera itu.

Dalam kenyataan pada 9 Mei lalu, Jakim berkata McDonald's adalah pemegang sijil halal yang sah.

Menurutnya, restoran itu komited terhadap prosedur dan piawaian ditetapkan Jakim.

Mi Ramyeon Korea halal, tiada DNA babi

Mi Ramyeon Korea.jpg

Mi segera Ramyeon daripada Korea mempunyai tidak mempunyai bahan meragukan dan mempunyai sijil halal Persekutuan Muslim Korea (KMF), menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kenyataan bahagian hab halal jabatan itu menjelaskan pengeluarnya patuh terhadap piawaian ditetapkan, malah pemantauan berkala turut dilaksanakan.

“Kenyataan ini diperkukuhkan lagi, turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia yang mana tiada DNA babi dikesan pada produk tersebut,” katanya.

KMF satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf Jakim.

Jakim juga menasihatkan pengguna supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berkaitan status makanan segera itu – yang turut viral dan “menerjah” akaun hab halal Jakim.

Maklumat palsu itu antaranya mendakwa terdapat kesan babi dalam produk itu.

BACA INI JUGA: Kenapa Starbucks Dan Astro Tak Diboikot?

Sumber: Bernama/Malaysiakini

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon