Wednesday, June 22, 2016

Di Scotland, Pelajar Sentiasa Tidak Sabar Untuk Hari Esok!


Report card sekolah anak baru dapat minggu lepas. Tiada gred, tiada markah. Yang ada cuma laporan progres dua mukasurat.

Irwan Dahnil.JPG

“He enjoys expressing his ideas…”

“He has made some contribution to class..”

Semua laporan subjek dia berbunyi begitu. Yang baik-baik sahaja. Sampai aku kadang pun ragu dengan penilaian cikgu.

Mana tidaknya. Anak aku 9 tahun, sifir 2 pun belum hafal. Kadang-kadang sifir satu pun dia boleh konfius.

Tulisannya, Ya Tuhan! Cakar ayam. Selalu terbalik huruf B dan D. Selalu salah tulis nombor 3 jadi terbalik. Selalu cakap tergagap-gagap. Aku rasa kalau di Malaysia, mungkin dia sudah masuk ke kelas pemulihan atau kelas corot.

Irwan Dahnil [2].jpg

BARU DAPAT REPORT CARD ANAK. BERTAMBAH GARU KEPALA BAPAK. SORANG JADI MOUNTAIN RESCUER, SORANG JADI SCULPTURER. BAPAK DAH PRAKTIS GAYA JADI TUGU NI.

Pun begitu, hati aku sejuk tengok dia sekolah di situ.

Anak aku suka sangat pergi sekolah. Kelihatan mahu ke sekolah itu, seperti mahu ke theme park. Sentiasa tidak sabar untuk hari esok, dan mahu lagi ke sekolah.

Sayang sangat sekolah dan cikgunya. Patutlah bila cikgu akan bertukar sekolah, dia rasa sedih bukan kepalang.

Sedangkan masa aku tidak suka ke sekolah. Jiwa aku kacau. Lebih lagi subjek matematik. Bila part baca sifir, memanjang aku kena berdiri atas kerusi. Pusat hukuman.

Pernah satu hari aku ke sekolah mahu berjumpa dengan guru kelas, budak dalam kelas itu persilakan aku duduk sementara menunggu.

“Do you want to have a cup of coffee or tea?”

Ohoi!

Budak Darjah 5 offer aku minum. Dengan gaya konfiden. Sedangkan aku dulu mahu minta susu sekolah dari cikgu kelas pun terketar lutut.

Budak ini dilatih dan diberi kebebasan bercakap. Bercakap sampai puas, sampai letih. Kemudian belajar mendengar apa yang orang cakap.

Irwan Dahnil [3].jpg

Belajar menerima kritikan, belajar memberi pendapat, belajar mengolah fakta dan hujah. Berlapang dada dan meraikan perbezaan pendapat.

Dia tidak disekat atau diketawakan. Dia tidak marah melakukan kesilapan. Dia tidak dibash oleh kawan-kawan. Jiwa dia tidak dibunuh serta merta bila buat kesalahan.

Mungkin sebab itu anak orang putih bila bercakap macam popcorn. Petah sangat. Konfiden tahap tinggi. Sembang kemas. Cakap deras. Nampak macam pandai.

Malu juga kita yang sudah tua. Bila perangai buruk sudah jadi budaya, Bila orang buat salah je, hantam cukup rasa. Bila kawan bagi idea, olok-olok kan sahaja. Bila kawan kemuka cadangan, kita gelak suka-suka.

Berdiri depan cermin seketika itu lebih baik dari menyikat rambut selalu dan perasan hensem. Kita yang menggelakkan orang itu bukan main besar mulutnya. Sedangkan kita bukan sehebat mana.

Catatan Kembara
Irwan Dahnil
Penggemar Susu Sekolah
Glasgow, Scotland

BACA INI JUGA: Kenapa Perlu Mencemburui Orang Yang Berbakat?

Sumber: Thevocket.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon