Sunday, June 26, 2016

Boleh Atau Tidak Beli Hartanah Pada Zaman Gawat?


It is not about being right, it is about being prepared. Masalah membeli hartanah bukan sebab kegawatan ekonomi negara tetapi pada gawatnya pada poket sendiri.

Hartanah.png

Poin penting untuk saya ketengahkan adalah, jika anda beli untuk tinggal, mengapa perlu risau harga pasaran mahal atau murah, ekonomi bagus atau gawat?

Gawat poket sendiri bermakna;
  • Simpanan tidak cukup
  • Pendapatan kurang stabil
  • Tiada kemampuan mengambil pinjaman perumahan

Yang penting , mempunyai kemampuan untuk bayar. Jika gawat poket sendiri, jangan beli hartanah lagi. Tambah pendapatan dulu, stabilkan, bina simpanan, kemudian bina pendapatan alternatif. Pendek kata, pelbagaikan sumber pendapatan.

Seterusnya, baiki dan susun profil kewangan sebagai bentuk persediaan untuk memohon pinjaman dari bank.

Sebenarnya Ia Satu Kelebihan Jika Ekonomi Gawat

Jika ekonomi negara gawat, bukankah satu kelebihan untuk anda? Zaman gawat ekonomi, inilah masanya untuk anda memohon diskaun lebih oleh sebab ramai tuan rumah terdesak untuk menjual rumah berbanding bakal pembeli yang sedikit, ini kita panggil istilah, buyer market.

Ini satu peluang. Dalam bahasa Cina, krisis ada 2 makna. Yakni ‘bahaya’ dan ‘peluang’.

Mari Kita Lihat Sejarah Hartanah Pada 1997-1998

Jika risaukan harga hartanah turun sehingga 50% dari harga pasaran, lihat rekod hartanah di seluruh Malaysia pada zaman kegawatan 1997-1998 dan 2008.

Tahun 1997-1998, harga hartanah seluruh Malaysia mencatatkan sejarah penurunan harga 10% secara purata dalam pasaran ‘subsale’. Itu yang paling teruk.

Tapi jika dilihat graf 1995-2015, secara keseluruhannya meningkat dengan stabil dan kejatuhan itu lebih berbentuk pembetulan sementara menunggu permintaan dari pasaran untuk kembali ke paras yg sepatutnya.

Saya kongsikan juga Malaysia House Price Index 10 dan 20 tahun ke belakang di dalam blog saya.

Saya biasanya memilih lokasi hartanah yang harganya meningkat dengan stabil. Saya mengambil kira kayu ukur dari sudut infrastruktur dan kadar sewaan berbanding lokasi yang harganya telah meningkat dengan laju.

Harga naik laju, silap-silap jatuh pun laju. Lebih-lebih lagi, bilamana bermain dengan spekulasi, lagi besar risikonya.

Hartanah Bukan Pelaburan Bersifat Turun Naik

Jangan risau, anda bukan membeli saham atau forex yang sifatnya turun naik, di mana harga boleh turun sehingga 50% dalam masa yang singkat oleh disebabkan faktor berita yang kurang baik.

Jika hilang duit tak mengapa lagi, jangan hilang nyawa dek sakit jantung. Di dalam seminar saya akan lukis graf perbezaan kenaikan harga hartanah Malaysia dan graf KLCI.

Persoalan Paling Besar – Adakah Harga Hartanah Terus Meningkat?

Adakah harga akan terus meningkat untuk jangka masa panjang? Pertamanya, itu semua urusan Allah swt yg tentukan.

Kedua, dengan ilmu yang sedikit ini, saya menjangkakan harga hartanah akan terus meningkat kerana faktor makro dan mikro.
  • Makro: inflasi, Quantity Easing, penurunan nilai mata wang, sistem rizab pecahan perbankan
  • Mikro: Keimbangan bekalan & permintaan, kekurangan tanah, populasi meningkat, infrastruktur bertambah

Apa Yang Anda Boleh Bertindak? Ini Saranan Saya

1. Tip Beli Hartanah Dalam Pembinaan

Takut membeli projek hartanah dalam pembinaan? Anda boleh dapatkan 4 tip utama yang saya kongsikan dalam memilih hartanah jenis ini di blog Dr Waqipedia.

Saya sendiri masih lagi membeli hartanah ‘underconstruction’ yang memenuhi 4 kriteria tersebut dan yang sesuai dengan pelan pelaburan saya.

Antara sebabnya;
  • Modal yang rendah.
  • Tidak pening masalah pengurusan sewaan selama 3-4 tahun. Melalui pengalaman sewa beli sublet.
  • Tidak pening mengejar peguam, dan pegawai bank.
  • Pemaju, ‘inflasi’ dan ‘pasaran’ bekerja keras utk kita.
  • Sesuai dengan org yang profilnya ‘malas’ seperti saya.
  • Baru dan sempurna.

2. Kepada Yang Mahu Beli Subsale Atau Lelong

Mahu beli subsale atau lelong? Lagi mudah. ‘Objek’ nya pun dah ada. Secara umumnya, banyak pilihan menarik di pasaran ‘subsale’ ni terutamanya hartanah yang berharga bawah RM600,000 – RM800,000.

Hanya perlu rajin turun padang setiap hujung minggu, buat pemeriksaan, sediakan senarai, bincang dengan suami/isteri/ibu bapa kemudian bandingkan harga. Ambil yang terbaik.

3. Untuk Yang Mahu Buat Pelaburan

Jika ingin beli untuk pelaburan, cari buku dan baca, keluar berguru pada yang tahu, atau sertai Havoc Hartanah (http://bit.ly/havockl). Saya jamin ia pelaburan yang sangat berbaloi jika anda pergi.

*Perkongsian ini telah ditulis oleh tuan Waqiyuddin melalui laman Facebook Page beliau.

BACA INI JUGA: 7 Sebab Kenapa Pelaburan Hartanah Sangat Menguntungkan!



Sumber: Majalahniaga

1 comment

  1. Betul tu... zaman gawat ni bnyk rumah yg lelong dan jual murah...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon