Monday, June 13, 2016

Adakah Sah Puasa Jika Tidur Sepanjang Hari?


Menurut Imam Syafie dan Imam Ahmad, berpuasa bagi seseorang yang pengsan, tidur berpanjangan, koma dan sebagainya mempunyai 2 senario.

Puasa tapi tidur

1. Tidak sedar diri dari sebelum fajar sehinggalah terbenam matahari

Puasa begini tidak sah. Ini disebabkan konsep berpuasa adalah menahan diri didalam keadaan sedar, dengan niat melakukannya dan dilakukan kerana Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, "Meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya kerana-Ku." (Hadis riwayat Bukhari 1894; Muslim 1151)

2. Terjaga disebahagian waktu

Sama ada pada awal, pertengahan atau hujung waktu, maka puasanya sah.

Menurut Al-Hafiz Imam al-Nawawi setelah meneliti kesemua pandangan, beliau berkata bahawa, "Pandangan yang benar mengenai perkara ini adalah dengan syarat dia bangkit pada sebahagian dari hari."

"Pandangan yang benar mengenai perkara ini adalah dengan syarat dia bangkit pada sebahagian dari hari."

Alasannya adalah kerana seseorang yang bangkit pada siang hari puasa dapat menahan diri dari makan, minum dan syahwat di dalam keadaan sedar.

Kesimpulan

Jika seseorang itu tidak sedarkan diri berpanjangan (dari sebelum fajar hingga terbenam matahari), maka puasanya batal dan dikehendaki menggada' puasanya.

Bagi seseorang yang sedarkan diri disebahagian harinya, maka puasanya sah.

Ini adalah pandangan Syafie dan Ahmad dan juga disukai oleh Syeikh Utsaimin (lihat al-Majmui, 6/346; al-Mughni, 4/344; al-Sharh al-Mumtii, 6/365.

Bagi keadaan yang disebabkan pengsan hanya kira-kira 10-30 minit, maka puasanya masih sah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: 10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon