Sunday, June 26, 2016

9 Tips Cari Duit Lebih


Pasti ramai yang pening kepala apabila memikirkan soal wang. Dan bagaimana untuk cari duit tambahan? Jangan risau, setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya.

Tips Cari Duit Lebih

Sebenarnya, banyak yang anda boleh lakukan untuk cari duit tambahan. Anda hanya perlu rajin sahaja, duit tak datang bergolek ya.

Hidup di zaman moden ini agak sukar untuk bergantung pada satu pendapatan sahaja. Semuanya bukan lagi murah.

Semak tips ini. Jom cari duit tambahan!

Tips Cari Duit Tambahan:

1. Media sosial sangat berpengaruh dalam kehidupan kita. Apa kata, anda cuba buat ‘online business’. Bunyi macam biasa je kan, tapi sebenarnya kalau kita tahu ‘market’ dan ‘demand’ sekarang, pasti anda boleh dapat pendapatan yang lumayan. Cari sedikit kelainan dari segi barangan dan pandai bermain dengan harga.

2. Setiap orang pasti ada bakat tersendiri, jadi gunakan bakat yang ada untuk cari duit tambahan. Sebagai contoh, menjahit, make-up, memasak ataupun bakat seni yang lain. Semua ini anda boleh lakukan di rumah sahaja dan tidak memerlukan kos yang besar.

3. Cuba anda selongkar rumah anda, mungkin anda akan terjumpa barang-barang lama atau antik yang anda sendiri tidak guna. Anda boleh jual barangan terpakai di media sosial, tapi janganlah meletakkan harga yang mahal.

4. Jika anda ingin membuat business anda sendiri, apa kata anda cuba gunakan modal yang kecil dan perlahan-lahan cuba dapatkan keuntungan berpatutan. Jangan terlalu meletakkan jangkaan yang tinggi. Yang penting anda berusaha dan berani untuk ke depan.

5. Jika anda pandai membahagikan masa, anda boleh melakukan kerja sambilan di kedai–kedai atau shopping mall. Nak cari duit tambahan kenalah rajin sikit.

6. Kalau anda rasa malas sangat untuk melakukan kerja lain, anda boleh buat kerja lebih masa ‘over time’ di tempat kerja anda dan cuba dapatkan komisyen dan cuba berbincang dengan bos anda.

7. Mengumpul barangan kitar semula bukan sahaja dapat menjaga alam sekitar bahkan anda boleh menjualnya kembali di pusat kitar semula. Contoh barangan kitar semula ialah surat khabar, botol plastik, botol kaca dan sebagainya.

8. Pasti anda pernah dengar tentang ‘DIY’ (Do it yourself) Barangan DIY mendapat permintaan yang tinggi di samping anda boleh gunakan idea anda tersendiri. Jual murah-murah pun tak apa, yang penting anda dapat cari duit tambahan.

9. Bagi yang berani dan tahu tentang selok belok saham, anda bolehlah mencuba, tapi pastikan anda betul- betul arif tentang hal ini. Jangan nanti semuanya tergadai.

BACA INI JUGA: 3 Cara Mudah Menarik Rezeki

Sumber: Wom

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon