Berita baik yang dikongsikan dari Portal Rasmi KPM memaklumakan bahawa murid lepasan Tingkatan Tiga tahun 2015 adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM (yang menjurus kepada program Kolej Vokasional) di ILKS sesi ambilan Jun 2016.
Jadi, bagi pelajar yang berminat memasuki Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) namun masih belum ditawarkan kemasukan di mana-mana Kolej Vokasional (KV)/Sekolah Menengah Teknik (SMT), anda dipelawa untuk memohon.
Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional KPM Di ILKS Jun 2016
Permohonan kemasukan ke ILKS untuk Program Kolej Vokasional KPM akan dibuka bermula dari 2 Mei hingga 12 Mei 2016.
Syarat Permohonan Kemasukan Program Kolej Vokasional KPM di ILKS
Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di ILKS:-
Syarat Umum
Syarat Khusus
Senarai Kursus Yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai kursus dan tempat yang ditawarkan untuk Program Kolej Vokasional KPM di ILKS:-
Cara Permohonan Ke Kolej Vokasional 2016
Cara Hubungi
Sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884-5089 / 5067 / 5086 / 5088 sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan dan sebagainya.
Semoga berjaya!
BACA INI JUGA: Semakan Keputusan Permohonan Kursus Maktab Perguruan IPG 2016
Sumber: panduanmalaysia

- Permohonan hendaklah dibuat secara online.
- Tarikh Buka : 2 Mei 2016
- Tarikh Tutup : 12 Mei 2016
- Applikasi Permohonan : Klik SPTV
Syarat Permohonan Kemasukan Program Kolej Vokasional KPM di ILKS
Berikut adalah syarat-syarat permohonan kemasukan ke Program Kolej Vokasional KPM di ILKS:-
Syarat Umum
- Calon adalah seorang Warganegara Malaysia.
- Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
- Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
- Calon mestilah sihat tubuh badan.
- Calon perlu bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.
- Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA / BUTA WARNA.
- Calon bebas daripada masalah mental.
- Calon berminat dengan program yang dipohon.
Syarat Khusus
- Calon perlu memperolehi sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (Keputusan PT3).
- Calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).
Senarai Kursus Yang Ditawarkan
Berikut adalah senarai kursus dan tempat yang ditawarkan untuk Program Kolej Vokasional KPM di ILKS:-
Cara Permohonan Ke Kolej Vokasional 2016
- Isi borang permohonan Kolej Vokasional menerusi laman web: Sptv.moe.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Isi semua ruangan pada borang online.
- Panduan mengisi borang online kolej vokasional boleh rujuk sini: https://sptv.moe.gov.my/pdf
- Senarai kursus kolej vokasional lihat sini: https://sptv.moe.gov.my/pdf