Saturday, May 07, 2016

Mi Daging Paling Sedap Di Dunia Berharga RM1,140 Semangkuk!


Seorang peniaga di Taiwan menjanjikan hidangan mi daging paling sedap di dunia dengan harga £200 (RM1,140) menggunakan resipi rahsianya yang diamalkan sejak 26 tahun lalu.

Wang - Niu Ba Ba

People’s Daily Online melaporkan, peniaga dikenali sebagai Wang dari wilayah Shaanxi itu menjalankan restoran Niu Ba Ba – bererti ‘bapa lembu’ – yang sebenarnya premis kecil dan ringkas.

Namun sesiapa yang ingin menjamu selera di situ masih perlu membuat tempahan kerana ia sering penuh walaupun harga makanan ditawarkan boleh dikatakan tidak masuk akal.

Wang mula berniaga pada 1990 dan perniagaannya mendapat sambutan baik sehingga menjadi popular selepas lima tahun.

Wang - Niu Ba Ba [2]

Dia kemudian mencari kaedah terbaik untuk menjadikan lauk daging dihidangkannya lebih lazat.

Kini resipinya hanya menggunakan daging lembu dari Jepun, Australia dan Brazil bagi mengekalkan rasa unik dan hebat hidangannya.

Dia juga cerewet dengan cara daging dipotong kerana menganggap rasa dihasilkan amat bergantung kepada potongan daging.

Katanya, ilmunya kini diturunkan kepada anak lelakinya.

Wang - Niu Ba Ba [3]

“Sejak usia 40 tahun saya lebih memfokuskan untuk membuat mi daging yang hebat.

“Saya mementingkan kualiti, bukan kuantiti. Sasaran saya untuk menghasilkan mi daging terbaik dunia,” katanya. –Agensi

BACA INI JUGA: Ikan Paling Mahal Di Malaysia

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon