Friday, May 06, 2016

Kapal Tenggelam 100 Tahun Lalu Muncul Di Sungai Pahang!


Penemuan bangkai kapal didakwa kapal dagang milik British yang timbul di Sungai Pahang dekat Kampung Tanjung di sini sejak sebulan lalu menarik perhatian penduduk kampung.

Kapal tenggelam 100 tahun

Bangkai kapal itu timbul selepas paras air di sungai itu semakin cetek susulan cuaca panas berterusan kesan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

Seorang penduduk, Ahmad Abdullah, 84,berkata, Sungai Pahang pernah menjadi laluan kapal dagang British sekitar awal tahun 1800-an membawa hasil dagang seperti beras, garam dan sebagainya ke Semantan, Temerloh dan Kuala Lipis.

Menurutnya, kisah kewujudan kapal itu pernah diceritakan arwah ayahnya, Abdullah Bidin, ketika dia masih kecil dan ketika itu kapal tersebut dikenali dengan panggilan kapal belangkas.

Katanya, bangkai kapal yang timbul itu mungkin salah satu yang pernah karam sekitar tahun 1811 atau 1815.

“Kapal itu panjangnya kira-kira 100 meter dan bergerak menggunakan enjin kuasa wap,” katanya.

"Kebanyakan penduduk mengetahui kisah kapal dagang yang karam di Sungai Pahang namun tidak pernah melihat sendiri keadaannya sehinggalah selepas sungai ini surut,” katanya ketika ditemui di sini.

Ahmad berkata, menurut cerita arwah ayahnya, orang ramai terutama budak-budak dilarang mandi atau menghampiri tapak kapal itu karam kerana paras air yang dalam berbanding bahagian lain di sepanjang sungai terbabit.

"Masa kecil dulu kami pun tidak dibenarkan menghampiri kawasan ini kerana airnya sangat dalam selain ditakutkan kononnya kawasan itu ‘keras’.

"Ketika musim kemarau sebelum ini pernah ternampak tiang kapal itu timbul namun kali ini bangkai kapal itu semakin timbul dan nampak lebih jelas,”katanya.

BACA INI JUGA: Kisah Kapal Misteri Lady Luvibund

Sumber: SH

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon