Wednesday, May 18, 2016

Julia Roberts Berkaki Ayam, Aishwarya Rai Pakai Gincu Pelik!


Pelakon gred A Hollywood, Julia Roberts meraih perhatian ramai apabila tampil berkaki ayam ketika berjalan melalui karpet merah pada Festival Filem Cannes ke-69, baru-baru ini.

Julia Roberts Berkaki Ayam

Pada acara berkenaan Julia kelihatan anggun dengan gaun vintaj berwarna hitam meskipun tidak memakai kasut.

Menurut sumber, biarpun telah melanggar peraturan pemakaian Festival itu, namun disebabkan dia adalah Julia Roberts, perkara itu ditutup sebelah mata oleh pihak penganjur.

Julia hadir pada majlis itu ditemani rakan baiknya, George Clooney dan isterinya, Amal Clooney.

Pakai Gincu Pelik, Aishwarya Rai Disabotaj Jurusolek?

Aishwarya Rai Weird

Selebriti Bollywood, Aishwarya Rai menerima tohmahan dan kritikan dari peminat terhadap penampilannya pada acara karpet merah Festival Filem Cannes 2016.

Dia menerima kritikan itu kerana memakai gincu bewarna ungu yang dikatakan ganjil dengan penampilan biasanya sehingga menyebabkan wajahnya menjadi hodoh.

Ramai peminat beranggapan bahawa pelakon jelita itu telah disabotaj oleh jurusolek yang sengaja mahu menjatuhkan imejnya.

“Kasihan gincu yang dipakainya tidak sesuai, ia seperti memakai pensel warna milik anaknya.

“Dia mungkin disabotaj oleh jurumekapnya yang sengaja mahu menampakkannya hodoh,” ujarnya.

Bukan sahaja kritikan dari peminat, malah media India juga mengkritik penampilan wanita itu yang dikatakan serba tidak kena dan menampakkannya hodoh dan pelik.

BACA INI JUGA: 10 Lagu Terbaik Karya Michael Jackson!

Sumber: mStar/Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon