Wednesday, May 04, 2016

Bagaimana Mendidik Anak Untuk Berniaga Sejak Dari Kecil?


Beberapa tahun lalu, saya ada bagi latihan praktikal untuk anak-anak berniaga di taman rekreasi (Jual sticker, dengan mendekatkan diri kepada prospect, berbanding hanya menunggu).

Mendidik Anak Berniaga [2]

Kemudiannya, mereka bawa ke sekolah untuk jual. Sekadar nak latih mereka agar berani mendekatkan diri kepada prospect, mampu bercakap untuk keyakinan diri, pandai mengira jualan dan untung.

#1 – Mula Berniaga Sejak Kecil

Alhamdulillah. Beberapa hari lepas, saya mendapat tahu Ali Zubair Ooi yang berusia 11 tahun ada buat aktiviti jualan. Saya dapatkan penjelasan mengenai cara dia berniaga.

Ali bermula dengan 2 ringgit. (Duit poket saya kepadanya dalam RM1.50 ke RM2 sehari). Dia beli ‘coklat’ dengan harga RM2 sebungkus.

Kemudiannya, dia jual kepada kawan pada harga RM3. Untung RM1. Esoknya, RM3 + RM1 (duit saku), dia beli 2 bungkus. Jualan RM6. Untung RM2. Keesokan beli 3 bungkus. Jualan RM9. Dia tambah RM1. Beli 5 bungkus.

#2 – Sokongan Dari Ibu Bapa

Mendidik Anak Berniaga

Kali ini, saya bagi nasihat sekiranya jual 5 bungkus. Jualan RM15 – Kos RM10 bersamaan untung RM5. Setiap pusingan, simpan keuntungan RM5. Ambil RM10 untuk dijadikan modal pusingan. Kalau mampu jual banyak, terpulang kepada dia.

Untuk elakkan dia terbawa-bawa dengan kecenderungan beli barang ikut suka (macam kita orang dewasa juga), saya tawarkan diri untuk tolong dia simpan.

Jumlah terkumpul akan dimasukkan ke Tabung Haji. Selepas diceritakan dividen Tabung Haji, Ali bertambah suka. Kami sebagai ibu bapa gembira dan puji sifat kreatifnya dalam berniaga.

Asalnya, dia nak kad dalam bungkusan coklat itu saja. Kiranya, dia ambil kad, dia jual coklat saja.

Saya katakan, saya sokong aktiviti business dia. Cumanya perlu fokus 90% ke pelajaran, 10% ke business. Sekadar nak fahamkan dia agar tidak terlalu seronok sehingga lupa tugas hakiki dia.

#3 – Pastikan Ada Logo Halal Jakim

Mendidik Anak Berniaga [3]

Petang ni, Ali ceritakan pada ibunya, dia sudah dapat jualan melebihi RM20. Dia jual 1 minyak rambut Code10 nya. Dia ada 3 botol. Itulah duit untung awalnya yang digunakan untuk ‘berfoya-foya’ beli minyak rambut.

Dia jual Code10 RM10. Dia jual pula card yang diperolehi secara percuma dalam bungkusan coklat itu, 4 keping bersamaan RM2. (asalkan ada permintaan, batu pun boleh dijual). Jumlah dapat lebih RM20.

Macam-macam akal dia nak berniaga. Saya pesan, pastikan jual beli makanan ada logo halal Jakim. (Dia sendiri bagi tahu, coklatnya ada logo halal).

Pastikan tidak jual benda yang menyalahi peraturan sekolah dan negara. Alhamdulillah, Ini pengalaman yang bagus untuk Ali dan kami. Abangnya juga tercabar nak berniaga pula.

Mudah-mudahan cerita ini ada manfaat untuk kalian semua.

BACA INI JUGA: Kisah Mr Vios Dan Pakcik Kaya

Sumber: Majalahniaga

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon