Wednesday, April 27, 2016

Ular 'Menyerang' Makmal Sekolah Dan Tandas Rumah!


Melalui perkongsian di laman Facebook oleh Sharonng Eng Shan, dia telah memuat naik beberapa keping gambar seekor ular tedung sedang 'berendam' dilubang tandas.

Ular+Dalam+Tandas

Menurut Sharonng, gambar itu diperoleh daripada kawannya yang mengalami kejadian itu ketika hendak membuang ‘hajat’.

Reptilia itu dikatakan masuk ke dalam lubang tandas itu melalui saluran paip najis berkenaan.

Menurut Sharonng, kawannya bertindak bijak apabila menuang air panas ke dalam lubang tandas tersebut sebelum digunakan.

Ular+Dalam+Tandas [4]

Tidak dapat dibayangkan sekiranya reptilia berbisa ini mematuk ketika sedang ‘menunaikan hajat’ kan.

Peringatan kepada sesiapa sahaja yang ingin membuang hajat supaya beringat terlebih dahulu supaya perkara malang tidak berlaku.

Memang ngeri apabila mengenangkan ular berbisa itu boleh berada di dalam lubang jamban. -Mynewshub

Tedung Masuk Makmal Sekolah Di Labuan

Ular Tedung Masuk Makmal

Beratus-ratus pelajar di sebuah sekolah menengah di sini kelam-kabut apabila mengetahui bahawa seekor ular tedung ditemui di dalam makmal sekolah pada selasa.

Ular berwarna kelabu sepanjang dua meter itu dijumpai pelajar SMK Pantai di sini ketika mereka sedang belajar di makmal berkenaan pada 11 pagi tadi, dan segera memaklumkannya kepada guru.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin memberitahu Bernama bahawa bilik gerakan jabatan itu menerima panggilan daripada guru berkenaan pada 11.25 pagi, dan satu pasukan segera dihantar ke sekolah itu.

"Pasukan kami segera bergegas ke tempat itu sebelum ular berkenaan lari ke tempat lain. Amat berbahaya sekiranya ular tedung itu pergi ke kawasan sekolah.

Kami mengambil langkah lebih berwaspasda dalam menangani ular tedung kerana ia berbahaya. Nasib baiklah tiada murid yang cedera," katanya.

Beliau berkata pasukan berkenaan mengambil masa hanya beberapa minit untuk menangkap ular itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Hidupan Liar. -Bernama

BACA INI JUGA: Panduan Dan Perkara Perlu Dilakukan Jika Dipatuk Ular

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon