Sunday, April 24, 2016

Tokoh Kulit Hitam Pertama Hiasi Wajah Baharu Dolar AS!


Enam denominasi mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) bakal berwajah baharu dengan kesemuanya akan menampilkan tokoh kulit hitam terkenal dalam sejarah negara kuasa besar dunia itu.

Harriet Tubman

Ini termasuk buat julung kalinya mata wang pecahan AS$20 yang selama ini dihiasi gambar wajah Andrew Jackson, presiden ketujuh AS, akan berganti rupa, menurut laporan akhbar The New York Post pada Jumaat.

Wajah baharu yang akan dipampang atas lembaran wang kertas itu ialah wajah Harriet Tubman (1822-1913), seorang aktivis anti-perhambaan kanak-kanak yang pernah membantu ratusan pelarian budak kecil abad ke-19.

Harriet akan menjadi wanita sekali gus tokoh kulit hitam atau African American yang pertama menghiasi wang kertas AS sejak wajah Martha Washington yang pernah terpampang untuk pecahan AS$1 lebih 100 tahun lalu.

“Keputusan untuk menggunakan wajah Harriet di atas mata wang AS$20 berdasarkan usul cadangan daripada ribuan warga AS dari pelbagai latar belakang dan usia,” kata Setiausaha Kewangan AS, Jack Lew kepada media.

Beliau memberitahu, wang berwajah Harriet ini dijadualkan mulai digunakan pada 2020. Lebih 118,000 daripada 609,000 orang yang dibanci menginginkan wajah aktivis kelahiran Maryland itu, tampil untuk wang AS$20.

Harriet Tubman [2]

Pihak perbendaharaan AS bagaimanapun menyangkal pengumuman awal Presiden AS, Barack Obama sambil mengesahkan wajah Alexander Hamilton, salah satu pengasas AS, tetap digunakan untuk denominasi AS$10.

Namun wajah aktivis pejuang hak wanita AS untuk mengundi dalam pilihan raya AS iaitu Lucretia Mott, Sojourner Truth, Susan Anthony, Elizabeth Candy Stanton dan Alice Paul akan dicetak di bahagian belakang wang tersebut.

Mata wang baharu AS$10 ini dijadualkan bakal diedarkan kepada umum pada 2020 kelak bersamaan dengan peringatan ulang tahun ke-100 pindaan ke-19 yang memberi hak pengundian kepada golongan wanita di AS.

Obama pada sidang media di White House sebelum itu mengumumkan enam denominasi mata wang dolar iaitu AS$1, AS$5, AS$10, AS$20, AS$50 dan AS$100 akan berwajah baharu memaparkan ikon kulit hitam terkenal.

Ia melibatkan wajah tokoh iaitu Martin Luther King untuk mata wang AS$1, Frederick Douglass (AS$5), Martin Robinson Delaney (AS$10), Harriet Tubman (AS$20), W. E. B. Du Bois (AS$50), Booker T. Washington (AS$100).

Mereka mengambil alih wajah sebelumnya iaitu George Washington untuk AS$1, Abraham Lincoln (AS$5), Ulysses Grant (AS$10), Alexader Hamilton (AS$20), Andrew Jackson (AS$50) dan Benjamin Franklin (AS$100).

BACA INI JUGA: 10 Negara Dengan Matawang Paling Mahal Di Dunia

Sumber: Agensi/Mynewshub/HAA

1 comment

  1. Ni semua sebab politik la ni. Nak tarik sokongan pengundi kulit hitam

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon