Apakah langkah pertolongan cemas yang perlu dilakukan apabila seseorang itu dipatuk ular? Walaupun tidak semua ular itu berbisa, adalah dinasihatkan setiap kes gigitan ular merupakan kes kecemasan dan mangsa hendaklah dibawa ke hospital dengan segera.
Selalunya ular tidak akan menyerang manusia, malah ular sebenarnya takut kepada manusia. Kebanyakan kes gigitan ular terjadi apabila ular terkejut, terpijak ataupun tempat kediamannya diganggu oleh manusia sama ada secara sengaja ataupun tidak.
Langkah Berjaga-jaga
Langkah Pertolongan Cemas Apabila Dipatuk Ular
Pastikan mangsa berkeadaan tenang. Mangsa gigitan ular biasanya terkejut dan takut. Ini akan menyebabkan mangsa menjadi pucat dan lemah selepas dipatuk ular.
Oleh itu mangsa hendaklah sentiasa tenang dan diberitahu bahawa:
Rawatan Yang Perlu Dilakukan Dan Perkara Penting
Nota: Antivenin adalah dadah yang diproses khas dari bisa ular yang boleh digunakan sebagai antidot kepada gigitan ular.
Antivenin adalah spesifik kepada sesuatu jenis ular. Jika tersilap memberikan antivenin ia boleh membawa maut.
Terdapat sejenis antivenin yang dipanggil antivenin Polivalent yang mana ia boleh digunakan untuk merawat semua jenis bisa gigitan ular.
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA: 1 Gram Bisa Katak Neraka Brazil Mampu Membunuh 80 Orang!
Sumber: Prn.usm.my

- Elakkan daripada cuba menangkap ular atau mengganggu ular.
- Berhati-hati apabila bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular seperti di kawasan sawah padi ataupun semak. Jangan sekali-kali memasukkan, tangan atau kaki ke tempat yang mana dipercayai terdapat ular seperti di celah batu, di bawah tunggul kayu dan sebagainya, sekiranya perlu gunakan kayu terlebih dahulu.
- Sekiranya nampak ular sedang tidur atau berehat, jangan mengusik atau mengejutkannya. la selalunya akan mematuk sekiranya diganggu.
- Seandainya anda terserempak dengan ular, jangan cuba lari, tapi berhenti dan jangan bergerak, selalunya ular akan berlalu pergi. Petua ini juga berkesan ke atas ular laut, sekiranya anda bekerja di kawasan pantai atau muara sungai yang berair cetek.
- Ular laut adalah tidak agresif, kebanyakan kejadian gigitan ular laut ialah apabila manusia mengganggu atau memegangnya secara kasar. Jika anda terserempak dengan sekumpulan ular laut, jangan menghampirinya kerana mungkin ketika itu musim mengawan dan kebanyakan ular amat agresif pada masa tersebut.
- Pakai pakaian tebal seperti kasut kulit atau but separas lutut, sarung tangan, seluar panjang, baju lengan panjang dan topi ketika bekerja di kawasan yang menjadi habitat ular.
- Kebanyakan ular berbisa keluar pada waktu malam yang panas, oleh itu berhati-hatilah apabila berjalan pada waktu malam. Jangan berjalan dalam gelap, bawalah lampu suluh dan sebagainya.
- Semasa berkhemah, bersihkan sekeliling khemah daripada semak-samun, sampah-sarap ataupun batu-batu terlebih dahulu. Jangan sekali-kali tidur di luar khemah. Kehangatan badan anda akan menarik perhatian ular terutama jenis ular kapak. Buang atau tanam makanan yang tidak habis jauh dari kawasan perkhemahan, kerana makanan yang bersepah akan menarik perhatian tikus dan seteruanya menarik perhatian ular.
Langkah Pertolongan Cemas Apabila Dipatuk Ular
Pastikan mangsa berkeadaan tenang. Mangsa gigitan ular biasanya terkejut dan takut. Ini akan menyebabkan mangsa menjadi pucat dan lemah selepas dipatuk ular.
Oleh itu mangsa hendaklah sentiasa tenang dan diberitahu bahawa:
- Tujuan rawatan ialah untuk memastikan ia sembuh sepenuhnya.
- Ular tersebut mungkin tidak berbisa.
- Tidak semua ular yang berbisa berjaya menyuntikkan bisanya.
- Baringkan mangsa dan elak pada bergerak.
- Pastikan bahagian yang digigit tidak digerakkan, ia akan mencegah racun daripada disebarkan dengan lebih meluas lagi.
- Balut kawasan yang digigit dengan pembalut (gunakan splint).
- Salur intravenous hendaklah dipasang pada bahagian anggota yang sihat, ini bagi memudahkan proses memasukkan antivenin.
Rawatan Yang Perlu Dilakukan Dan Perkara Penting
- Cuba bunuh ular tersebut kerana ia penting bagi tujuan mengenal pasti antivenin oleh doktor atau pengamal perubatan bagi bisa ular tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan daripada kesilapan menyuntik antivenin yang salah, ia akan menjadi sia-sia malah juga boleh membahayakan nyawa mangsa.
- Jangan membuang terlalu banyak masa untuk membunuh ular itu kerana rawatan awal kepada mangsa adalah lebih penting. Disamping itu, dikhuatiri ketika sibuk membunuh ular, mangsa atau penyelamat mungkin akan dipatuk sekali lagi.
- Untuk membunuh ular, gunakan kayu panjang, jika boleh gunakan buluh. Pukul dengan kuat di bahagian belakang kepala ular tersebut tetapi seboleh-bolehnya jangan hancurkan kepalanya kerana ular juga boleh dikenal pasti dari bentuk kepalanya. Sekiranya percubaan membunuh ular tersebut tidak berjaya, mencukupi jika anda dapat mengingati saiz dan corak warna ular tersebut.
- Walaupun ular tersebut telah mati, anda haruslah berhati-hati ketika memegangnya. Jangan cuba mengusik kawan atau bermain-main dengannya kerana berkemungkinan ular tersebut masih hidup.
- Walaupun ular tersebut telah mati, bisanya masih boleh membahayakan sekiranya tersuntik ke tubuh sehingga 1 jam setelah ular tersebut mati.