Friday, April 01, 2016

Bertambah Kaya Kerana Selalu Bersyukur


Nabi Musa a.s. memiliki umat yang sangat ramai dan umur mereka juga sangat panjang. Dikalangan mereka ada yang kaya dan ada juga yang miskin.

Duit-emas

Suatu hari, ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s. Dia begitu miskin, pakaiannya lusuh dan berlubang-lubang.

Si miskin itu kemudiannya berkata kepada Nabi Musa a.s., "Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku agar menjadikan aku seorang yang kaya."

Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, perbanyakkanlah bersyukur kepada Allah SWT."

Orang miskin itu pun terkejut dan kesal lalu berkata, bagaimana aku mahu bersyukur, makan pun jarang dan pakaian yang aku pakai pun hanya satu helai ini saja."

Orang miskin itu pun pulang tanpa mendapat apa yang dihajatinya.

Kemudian, datang pula seorang kaya datang menemui Nabi Musa a.s. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.

Dia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku agar dijadikannya aku seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu."

Nabi Musa a.s. pun tersenyum lalu berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SwT."

Orang itu terkejut lalu berkata, "Bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah SWT? Allah telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan. Bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya?"

Akhirnya orang kaya itu pun pulang. Kemudian, terjadi adalah dia semakin bertambah kaya kerana selalu bersyukur.

Manakala orang miskin bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga orang miskin tidak lagi memiliki selembar pakaian pun ditubuhnya.

Semuanya kerana tidak mahu bersyukur kepada nikmatnya Allah SWT.

BACA INI JUGA: Dimana Harta Karun Beale Disembunyikan?

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon