Saturday, March 12, 2016

Misteri Asal Usul Simbol ‘@’


Hingga kini, asal usul simbol ‘@’ yang sangat penting pada zaman sekarang terutama bagi menghantar mesej elektronik (e-mail) dan media sosial masih menjadi misteri.

Asal Usul Simbol ‘@’

Meskipun kisah di sebalik simbol @ masih lagi samar-samar, terima kasih kepada Ray Tomlinson yang telah mencipta e-mail yang banyak menggunakan simbol ini.

Menurut portal BBC NEWS, Tomlinson telah memilih untuk gunakan simbol berkenaan bagi navigasi menghantar mesej kerana ia jarang digunakan. Justeru penggunaan simbol itu dikatakan dapat mengelak kekeliruan antara sesuatu program dengan sistem.

Keith Houston, pengarang ‘Shady Character: Secret Life Of Punctuation’ menjelaskan, simbol @ wujud pada penghujung abad 19 dan ia merupakan simbol bersifat umum, bermaksud bilangan bagi sesuatu barang pada harga tertentu.

Ahli akademik Girogio Stabile mendapati penggunaan simbol itu berbeza-beza di kebanyakan negara. Di Turki simbol berkenaan dikenali sebagai ‘rose’.

Asal Usul Simbol ‘@’ [2]

Manakala dalam kalangan penduduk Norway ia dikenali sebagai ‘pig’s tail’, rakyat Greece pula sebut ‘duckling’ dan penduduk Hungary memanggilnya ‘worm’.

Dalam kalangan penduduk Perancis, Sepanyol dan Portugis ia dikenali sebagai ‘arobase’ atau ‘arroba’ iaitu satu unit bagi menunjukkan berat atau jumlah.

Penduduk Itali pula memanggilnya ‘amphora’ bersempena balang tembikar simpanan berleher panjang yang digunakan oleh masyarakat dahulu kala.

Begitu pun penemuan terawal simbol ‘@’ adalah dalam bidang keagamaan, bila mana ia diguna bagi menggantikan huruf ‘A’ bagi perkataan ‘Amen’ yang tercatat dalam terjemahan 1345 Bulgari yang terdapat di Perpustakaan Apostolic Vatican.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Penggunaan Simbol @ Pada Email?

Sumber: mynewshub

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon