Tuesday, February 02, 2016

Video Eksperimen Uji Prejudis Terhadap Islam Guna Bible


Al-Qur'an merupakan pegangan utama umat Islam di mana di dalamnya terdapat pelbagai garis panduan dan larangan yang perlu diikuti untuk dijadikan panduan kehidupan.

The Holy Quran Experiment [2]

Namun, media sering memperlekehkan agama Islam dengan mendakwa ianya ‘agama penindasan’ disebabkan terdapat larangan perihal menutup aurat, zina, minum arak dan sebagainya.

Ini berlaku kerana tidak ramai yang membuat kajian terhadap ‘kebenaran’ sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Inilah sandaran yang menjadi tunjang eksperimen sosial sekumpulan anak muda Dit is Normaal di bandar Belanda.

Eksperimen yang digelar ‘The Holy Quran Experiment’ di laman Youtube oleh mereka kini telah mendapat lebih 7 juta tontonan dan ribuan kritikan juga pujian daripada pelbagai pihak.

Menerusi eksperimen ini, mereka meminta pejalan kaki membaca ungkapan dan memberi pandangan terhadap larangan keras, amaran dan hukuman yang terdapat dalam sebuah kitab.

‘Helahnya’ di sini ialah mereka mengatakan ayat yang dibacakan tersebut adalah daripada kitab Al-Quran.

Sangat mengejutkan kerana tiada antara mereka yang menyangka bahawa ia sebenarnya merupakan Kitab Bible yang digunakan oleh pengganut Kristian.

Ada yang tersipu malu dan mengaku mereka tidak menyedari bagaimana mereka boleh berfikiran prejudis terhadap Islam.

BACA INI JUGA: Benarkah Islam Disebarkan Melalui Pedang (Kekerasan)?



Sumber: Mynewshub.cc

12 comments


  1. "....Sangat mengejutkan kerana tiada antara mereka yang menyangka bahawa ia sebenarnya merupakan Kitab Bible yang digunakan oleh pengganut Kristian...."
    -Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya, perkara yang sering ditentang oleh umat kristian tentang ajaran Islam sebenarnya diajarkan oleh Bible..;)

      Delete
  2. Bila masa pula dlm bible menghalalkan memperkosa wanita jarahan perang?..bila masa pula dlm bible menghalalkan budak/hamba utk disetubuhi?..Bila masa pula dlm bible menghalalkan darah non yahudi?..dan bnyak lagi saudara,kajilah dahulu tentang agama saudara..aku sendiri merasa malu melihat saudara apabila mengenangkan aku yang bukan muslim lebih mengenal/tahu perihal islam berbanding saudara yang muslim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya en.edison yang enerangkan kepada kami, terang-terangan dibaca dari bible..:)

      Delete
  3. Sahih Bukhari Volume 4, Buku 63, Nomer 261
    "...dan Nabi memotong tangan2 dan kaki2 mereka. Ia meminta paku2, yang dipanaskan dan ditusukkan ke dalam mata2 para pencuri, dan mereka diterlantarkan di Harra (daerah berbatu di Medinah). Mereka minta air, dan tidak ada seorang pun yang memberi mereka air sampai mereka mati."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunan Abu-Dawud Buku 38, Nomer 4348
      -Kisah ini sangat lucu apabila melihat muhammad amat murka pada mulanya terhadap seorang pembunuh namun apabila pembunuh itu memberitahu sebabnya membunuh wanita yang juga hamil anaknya sendiri kerana menghina muhammad,muhammad telah memaafkan pembunuh itu juga tidak berdosa dimata awloh menurut muhammad..ehehe..
      (Bandingkan pula dengan hadis sahih bukhari diatas)

      Delete
    2. Sangat LUCU en.edison berkongsikan hadis palsu haha

      #Bagaimana mahu dijawab hadis palsu?
      #Mencari kebenaran bukan dengan ayat palsu seperti Bible yang banyak ditokok tambah
      #Bible juga diubah, saya tak hairan dicopy pula hadis palsu
      #LUCU

      Delete
  4. Palsu???..nmpaknya bnyak lagi tentang islam yg saudara tidak tahu lagi.

    ReplyDelete
  5. Maafla en edison...nama da krist....cuba kaji sedalamnya alquran dan hadis....boleh dikatakan beratus ribu hadis islam dan yang betul sahih hampir 2ribu hingga 5ribu.....apa yg en edison katak hanyala sebahagian dari satu ayat daripada beratus ribu hadis diluar....umpama mengatakan buat kesimpulan dari sebahagian 1 ayat sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera saudara Anon dan terima kasih diatas komen balas anti hadis yang saudara terapkan.

      PENYELEWENGAN ANTI HADIS

      S.S TAN SRI DATO SERI (DR) HAJI HARUSSANI HAJI ZAKARIA MUFTI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN:

      "Golongan anti hadis bukanlah satu yang asing dalam Islam, malah ia telah mula bertapak sejak zaman awal Islam lagi. Secara umumnya, golongan ini cuba untuk menangkis autoriti hadis sebagai sumber perundangan Islam yang kedua selepas alQuran. Justeru, mereka menyeru seluruh umat Islam agar berpegang dan beramal dengan ajaran yang terdapat di dalam al-Quran semata-mata..."

      Prof.Madya Dr.Shahrin Mohammad:

      "...Dr Rasyad telah menubuhkan secara rasminya gerakan `The Quranic Society' yang berpusat di Tucson dimana beliau mengajar di Universiti Tucson. Dr Rasyad dengan angkuh telah menyebut: "Hadis-hadis adalah ciptaan Iblis, mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis." Kecelupar beliau telah menyebabkan dia dibunuh dengan penuh misteri sebaik sahaja Arab Saudi mengeluarkan fatwa sesatnya Dr Rasyad dan `Golongan al-Qur'annya'..."

      Delete

    2. HIMPUNAN FATWA WARTA KERAJAAN NEGERI MELAKA (1986-2005)

      Di Malaysia, ajaran ini mula diperkenalkan dan dikembangkan sejak 1985 oleh tiga “tokoh pemikir” yang amat takjub dengan keupayaan akal mereka sendiri, iaitu Kassim Ahmad, Abdul Manan Harun dan Othman Ali selepas membaca dan terpengaruh dengan beberapa tulisan Dr. Rashad Khalifa seperti buku “Quran The Final Scripture”, “Quran, Hadith And Islam” dan “Quran Visual Presentation Of The Miracle”.

      Buku “Hadith Satu Penilaian Semula” tulisan Kassim Ahmad:
      “Hadith atau Sunnah Nabi suatu ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun kemudian dan yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad.” (hal. 18)

      “Satu daripada kuasa-kuasa palsu yang dipegang oleh umat Islam lebih seribu tahun ialah hadith/sunnah.” (hal. 20)

      “Kebanyakan hadith merupakan ‘omong kosong’ yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan tanpa pengetahuan.” (hal. 91)

      “Hadith merupakan pandangan dan pendapat manusia yang tidak terjamin kebenarannya. Ia tidak lebih daripada tekaan dan agakan.” (hal. 112)


      Buku “Hadith Jawapan Kepada Pengkritik”, hal. 12, tulisan Kassim Ahmad:
      “Tesis-tesis saya dalam buku ini ialah bahawa umat Islam telah membelakangkan Al-Qur’an selama kira-kira 1,000 tahun dan ini telah menyebabkan kejatuhan mereka. Dan bahawa ajaran hadith/sunnah sebagai sumber hukum merupakan suatu perkembangan dan ajaran baru yang muncul kira-kira tiga ratus tahun setelah Nabi Muhammad wafat, tanpa izin Nabi, dan tidak mempunyai autoriti dalam Al-Qur’an dan sejarah.”

      *Nampaknya semakin hari semakin banyak pengikut fahaman anti-Hadis atau Ingkarus Sunnah yang kononnya diasaskan oleh Profesor Dr Goldziher, kelahiran Yahudi Hungary lulusan Universiti al-Azhar.Dia diutus khas mendalami bidang Sunnah dan akhirnya dia mencetuskan ajaran mengingkari Sunnah dengan slogan "Pembaharuan Islam."

      Delete
    3. Sahih Bukhari 7.71.614

      Diriwayatkan oleh Abu Said: seseorang datang pada sang nabi dan berkata, ‘Saudaraku perutnya sedang sakit.” Sang Nabi berkata, “Suruh dia minum madu.” Orang itu datang lagi dan berkata, “Sudah kusuruh minum madu tapi malah tambah parah.” Sang nabi lalu berkata, (“Allah telah mengatakan yang sesungguhnya, perut saudaramu yang berbohong.”)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon