Dalam permainan bola sepak di dalam sesebuah pasukan, antara perkara yang boleh menjadi isu serius adalah tentang perebutan nombor jersi yang akan dipakai.
Setiap nombor sememangnya mempunyai maksud yang signifikan dan tersendiri sehinggakan boleh mencetuskan pergaduhan.
Namun, berapa banyak yang anda tahu tentang makna di sebalik angka di belakang jersi?
Mari kami kongsikan info asas tentang angka dan jersi yang perlu anda tahu.
Tujuan pemain perlu pakai jersi bernombor
Tujuan asal pemain diwajibkan memakai nombor pada jersi mereka adalah untuk memudahkan urusan pengadil mengenali dan membezakan pemain di atas padang.
Ia juga melancarkan urusan pendaftaran pemain dan entry ke dalam rekod booking pengadil.
Sejarah jersi bola sepak bernombor
Jersi bernombor pertama kali digunakan secara profesional di kelab liga Inggeris pada tahun 1928 ketika pasukan Arsenal menentang pasukan Sheffield Wednesday.
Pemain Wednesday direkodkan memakai jersi bernombor 1-11, manakala pemain Arsenal pula memakai jersi bernombor 12-22.
Dalam perlawanan itu Arsenal tewas 3-2 kepada Wednesday.
Sistem penomboran jersi bola sepak yang asal (Tradisional)
Berikut merupakan pembahagian nombor 1-11 pada jersi mengikut sistem asal:
1 – Penjaga Gol
2 – Fullback kanan
3 – Fullback kiri
4 – Center back
5 – Center back
6 – Defending/Holding midfielder
7 – Right midfielder/sayap kanan
8 – Central/Box-to-box midfielder
9 – Penyerang
10 – Attacking midfielder/Playmaker
11 – Left midfielder/sayap kiri
Namun, kerana pembahagian nombor jersi berdasarkan posisi merupakan hanya tradisi dan bukan peraturan, pasukan bebas untuk memberikan nombor jersi kepada pemain tanpa sebarang syarat.
Nombor jersi yang mempunyai simbolik dan legasi tersendiri
Nombor 7: Nombor ini pada awalnya di berikan kepada pemain sayap kanan (Luis Figo, Marc Overmars, Pierre Littbarski, Garrincha), namun turut dipakai oleh pemain penyerang yang hebat seperti Raul, Claudio Caniggia, David Villa, Bebeto dan Shevchenko.
Namun, jersi nombor 7 ini begitu ikonik untuk sesebuah kelab seperti Manchester United. Ini kerana terlalu banyak pemain hebat menyarung jersi no.7 yang mengukir sejarah bersama Manchester United seperti George Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo.
Nombor 9: nombor ini adalah untuk striker sejati, berbisa di kawasan kotak penalti dan memiliki penyudah yang tajam. Ronaldo de Lima, Romario, Gabriel Batistuta, Marco Van Basten, Samuel Eto’o dan Alan Shearer adalah contoh pemain bola sepak terhebat yang pernah menyarung jersi nombor 9.
Nombor 10: dalam banyak-banyak nombor jersi dalam semua pasukan di dunia, jersi nombor 10 adalah dikhaskan kepada pemain paling hebat dalam pasukan dan lebih berprestij berbanding nombor lain.
Pemain paling ikonik dalam lipatan sejarah bola sepak seperti Pelé, Diego Maradona, Zinedine Zidane, Michel Platini, Ferenc Puskás dan Messi juga menyarung jersi lagenda nombor 10.
Retired Jersey Number
Anda mungkin pernah terjumpa terma “retired jersey number”. Dalam dunia bola sepak, istilah ini bermaksud nombor jersi yang tidak lagi digunakan oleh orang lain dalam pasukan yang sama.
Biasanya nombor ini dipilih sebagai “retired jersey number” sebagai penghormatan kepada pemain yang banyak berjasa kepada sesebuah kelab atau negara. Berikut adalah contoh “retired jersey number” yang popular:
#3 AC Milan – untuk Paolo Maldini, pemain lagenda AC Milan
#6 AC Milan – untuk Franco Baresi, salah seorang pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman
#6 AS Roma – untuk Aldair, salah seorang fullback yang dilahirkan Brazil
#6 West Ham United – untuk Bobby Moore, salah seorang pemain terbaik England
#10 Brescia – untuk Roberto Baggio, pemain terbaik Itali sepanjang zaman
#10 Kispest AC/Honvéd – untuk Ferench Puskas, pemain terbaik Hungary sepanjang zaman
#10 Napoli – untuk Diego Maradona, pemain yang merubah kelab miskin tersebut menjadi antara kelab paling berjaya di Serie
#14 Ajax – untuk Johan Cruijff, pemain terbaik Belanda sepanjang zaman
#23 Manchester City – untuk Marc-Vivien Foe, pemain City yang meninggal dunia sewaktu mewakili negaranya, Cameroon
Retired jersey number untuk peminat
Dalam bola sepak, penyokong tegar sering disebut sebagai pemain tambahan ke-12 dalam pasukan kerana mereka juga memainkan peranan penting kepada pasukan.
Terdapat sesetengah kelab telah memutuskan bahawa jersi nombor 12 adalah khas untuk peminat.
Kelab-kelab besar Eropah seperti Fenerbahce, RC Lens, Bayern Munich, Feyenoord, Portsmouth, Dynamo Kiev, Lazio dan Zenith St. Petersburg adalah sebahagian dari pasukan yang mengkhususkan nombor 12 sebagai jersi peminat untuk menghargai kesetiaan mereka.
Konklusi
Setiap nombor jersi mempunyai makna dan keistimewaanya yang tersendiri. Namun, ia bukanlah faktor yang akan mempengaruhi kehebatan seorang pemain, tetapi lebih kepada prestij dan simbol kemegahan.
BACA INI JUGA: Top 5 Stadium Paling Mahal Di Dunia
Sumber: Semuanyabola