Monday, February 01, 2016

'Negara Perlu Menteri Bijak, Bukan Berkhidmat Untuk Poket Sendiri'


Bukanlah perkara biasa bagi pihak istana membuat teguran mengenai menteri-menteri yang dianggap tidak cerdik dan lebih selalu menjadi bahan jenaka kepada rakyat.

MENTERI+BADUT

Sejak dulu lagi, pihak istana memang tidak pernah campurtangan dalam pentadbiran kerajaan, apatah lagi membuat teguran terbuka mengenai kedudukan menteri-menterinya.

Tetapi di era kepimpinan Najib Razak ini, kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering menjadi bahan jenaka bukan saja diperbual dan dijadikan momokan oleh rakyat, malah turut menggamit hati nurani istana untuk turut sama menegurnya.

Sudah tentu, dengan turut sama membuat teguran itu bermakna ketidakcerdikan dan penonjolan menteri-menteri sebagai bahan jenaka sudah mencapai "tahap gaban" sifatnya.

Terbaru, Tuanku Mahkota Johor secara terbuka membuat teguran mengenai kedudukan menteri-menteri yang tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak itu.

Katanya, langkah terpenting untuk kerajaan menambah baik sistem dalam negara sekarang ialah dengan mengenepikan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan jenaka kepada orangramai.

Malaysia, tambahnya memerlukan menteri-menteri yang bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat dan bukan menampung poket sendiri.

Apabila saya menyuarakan pendapat, ia tidak bertujuan mencetuskan ketegangan dengan kerajaan Persekutuan, tetapi dengan niat untuk bekerja bersama-sama menjadikan negara ini tempat yang lebih baik, jelas Tunku Mahkota Johor itu lagi.

Tidak perlu disebut satu persatu menteri-menteri berkenaan kerana secara umumnya rakyat sudah pun mengetahui siapa mereka, tetapi yang menjadi persoalan ialah bagaimana mereka itu boleh menjadi anggota pentadbiran dalam kerajaan.

Siapakah yang melantiknya dan kenapa setelah diketahui tidak cerdik dan sering menjadi bahan jenaka, terus juga dikekalkan sebagai menteri?

Jika menteri-menteri kelihatan tidak cerdik dan sering dijadikan bahan lawak berikutan sering bertindak atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan pra matang, sudah tentu yang melantiknya juga berada di kedudukan yang tidak cerdik sama.

“Negara kita memerlukan menteri bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk menampung poket mereka sendiri.

"Saya berdoa agar keadaan dan kesedaran politik di negara ini akan diperbaiki untuk manfaat rakyat.”

Orang yang tidak cerdik biasanya hanya akan melantik mereka yang tidak cerdik atau lebih teruk daripada itu sebagai orang bawahannya supaya dirinya kelihatan sedikit cerdik berbanding mereka.

Berbeza dengan orang cerdik yang pasti akan melantik orang cerdik juga kerana tidak mahu nilai kecerdikannya dalam memimpin dan memilih orang bawahan dipandang rendah.

Sebab itu, tidaklah merupakan kesalahan apa-apa kepada mereka yang tidak cerdik dan selalu menjadi bahan jenaka itu apabila menjadi menteri, tetapi yang salahnya ialah siapa yang melantik mereka itu.

Yang tidak cerdik dan selalu menjadi bahan ketawa rakyat itu mungkin sudah semulajadinya begitu dan tidak boleh "diubati" lagi, tetapi persoalannya ialah mengapa mereka tetap dilantik sebagai menteri.

Maka, penyelesaiannya ialah hanya dengan menyingkirkan orang yang berkuasa melantik menteri-menteri itu kerana disitulah punca segala-galanya mengapa sistem dalam negara ini kelihatan begitu teruk dan buruk.

BACA INI JUGA: Kenapa Rakyat Berhak Marah Ahmad Maslan?

Sumber: Shahbudindotcom

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon