Tuesday, February 23, 2016

'Nazri Aziz Pengampu, Berlagak Seperti Penyangak' – GKCM


Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) menuduh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai pengampu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazri Aziz pengampu

Menerusi kenyataan terbaru, GKCM membidas Nazri susulan tindakannya yang mencadangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO supaya menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin jika enggan melepaskan jawatan Timbalan Presiden parti secara sukarela susulan kritikannya terhadap Perdana Menteri secara berterusan.

“Selepas Tengku Adnan, Ahmad Maslan dan dua budak Sabah, kini muncul pula Nazri Aziz yang tampil dengan kenyataan bacul mengampu Presiden UMNO.

“Nazri mungkin tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan di garisan terakhir untuk mengampu Presiden yang menanti masa untuk rebah. Tuduhan Nazri terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah melampau,” kata kenyataan itu.

"Muhyiddin juga tidak lagi menjalankan tugas seperti mana yang diharapkan oleh perwakilan yang mengundi beliau untuk menyandang jawatan itu," katanya.

Mohamed Nazri berkata jika Muhyiddin enggan meletakkan jawatannya, beliau sendiri akan mengusulkan supaya Muhyiddin digantung keanggotaannya pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan datang. -Bernama

Gerakan anti Perdana Menteri turut menyifatkan Nazri sebagai perosak dalam UMNO kerana perjuangannya adalah untuk mendapat ganjaran berbanding mahu membangunkan parti.

“Nazri adalah antara karektor perosak dalam sejarah UMNO. Jika kita kaji sejarah keruntuhaan empayar Rom, kita akan dapati bahawa sebab utamanya ialah rasuah yang diamalkan oleh pembesar istana.

"Tindakan Nazri ini sama dengan pembesar Rom yang mengampu untuk mendapatkan sesuatu,” dakwanya.

Nazri Aziz pengampu [2]

Tidak cukup dengan itu, mereka juga menyifatkan Nazri sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang lemah dalam Kabinet.

“Tiada yang hebat tentang Nazri sebagai menteri selain daripada menunjuk lagak penyangak dan menentukan anak-anaknya hidup dalam kemewahan. Nazri selama menjadi menteri UMNO memang tidak mempunyai sebarang keistimewaan.

“Kami sudah meluat melihat pemimpin seperti Nazri yang cuba memperbodohkan kami untuk kesenangan mereka anak beranak,” ujarnya lagi lapor FMT.

BACA INI JUGA: Sindiran Muhyiddin Kepada Pengampu, 'Saya Bukan ‘Yes Man’!

1 comment

  1. "Like father, Like son..." Maaf ckp lah...tgk sahaja kepincangan keluarga die...anak pun tak dpt dididik dengan akhlak seorang Islam...dengan tin arak sana sini...kalau memimpin keluarga pun dah gagal...macam mana pulak nak pimpin negara...pelik dengan sikap orang Islam yg pilih dia sebagai pemimpin...agak2 nya Allah tak tanya ker kat akhirat nanti kenapa mengundi dia...pikir-pikirkan lah...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon