Wednesday, January 27, 2016

Pesawat Penumpang Paling Laju Di Dunia!


Bayangkan, dalam masa hanya 11 minit anda dapat terbang dari New York ke London menaiki pesawat yang dilengkapkan dengan perangsang roket.

Antipode

Menggunakan konsep radikal 'antipode', kelajuannya dikatakan melebihi Concorde dengan jarak penerbangan mencecah 20,000 kilometer sejam.

Pesawat ini juga boleh membawa sehingga 10 penumpang dan mencapai ketinggian kira-kira 1,400 meter.

Perekanya, Charles Bombadier yang pernah menghasilkan konsep Skreemr untuk jet berhasrat mencipta pesawat paling laju didunia.

Jurutera warga Kanada itu berkata, pesawat Antipod itu boleh berlepas dari sebarang landasan menggunakan perangsang roket yang digunasemula.

"Perangsang roket itu akan dipasang pada sayap Antipod bagi membolehkan ia terbang sehingga kira-kira 1,400 meter ketinggian," katanya kepada Forbes.

Rekaan sayapnya yang unik membolehkan ia mendarat di landasan sepanjang kira-kira 2,000 meter.

"Antipod sesuai untuk kegunaan ahli perniagaan dan pengangkutan tentera bagi membawa pegawai berpangkat tingginya merentasi bumi dalam masa kurang sejam," kata Bombardier kepada DailyMail.com lapor mStar.

BACA INI JUGA: Misteri UFO Memburu Pesawat Udara

4 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon