Thursday, January 21, 2016

Group Whatsapp Yang Anda Patut 'Left' Tanpa Ragu-ragu!


Aplikasi sembang ciptaan Kan Koum ini kini dianggarkan sudah mencecah 1 bilion pengguna aktif, jauh mengatasi pesaingnya seperti Telegram, BlackBerry BBM atau Facebook Messenger.

Whatsapp Group Sucks

Namun, trend yang agak menyesakkan nafas ialah semakin kemaruk orang mewujudkan kumpulan sembang atau Group Chat.

Sesetengahnya amat menjengkelkan kerana sikap ahli-ahli di dalamnya.

Berikut antara sikap yang kadangkala terpaksa buat kita cari alasan kukuh, alibi atau prima facie untuk Exit Group.

Pemasaran Melampau

Sekali sekala nak juga tahu di mana hendak beli pinggan semurah di Langkawi. Berkongsilah alamat.

Tetapi tidak tanya pun, ia dikongsi saban hari. Bermakna ianya memang pemasaran totok. Dan teman itu tidak berminat hendak bersosial tetapi berniaga.

Tazkirah Tidak Ketahuan Sumber

Subuh terima gambar dengan ayat tazkirah. Kemudian 8 pagi semasa hendak sampai pejabat. Tengahari, petang, malam. Kemudian, berulang lagi esoknya.

Kawan yang menghantar bahan itu, tidak bekerjakah? Walhal dia bekerja di tingkat yang sama. Satu lagi, sumber tazkirah itu sudah disahkan atau diambil daripada kiriman orang lain juga? Sesat samalah semua.

Kemaruk Cerita Kisah Silam

Ahli-ahli dalam kumpulan, menghampiri umur persaraan. Atau sakit nazak. Mereka gemar mengimbau kisah lampau. Sesetengah cerita itu, berlaku waktu anda belum lahir pun.

Didominasi Bos!

Mula-mula seorang sahaja Alfa di dalam. Kemudian dia ajak kawan-kawan yang sepangkat dengannya. Kita ini kulikutif, terus segan dan rasa dalam salah dewan.

Kaki Show Off

Teman-teman sebegini tidak pegang jawatan pun dalam parti. Masa perhimpunan tahunan, mereka datang bukan sebagai delegasi tetapi duduk tepi ketua. Jadi gerombolan.

Dalam WhatsApp, dia tayang gambar dia bersama ahli politik. ‘Nak kelulusan projek? I boleh tolong’.

Memaparkan Anak-anak

Tidak salah tayang anak. Kita semua ada anak. Orang lain pun ada anak. Modal pembuka sembang, bermula dengan cerita anak. Tapi hari-hari mesti jadi muak.

Ulang Tayang Video

Mujurlah ada butang sekat kiriman video menyusup terus masuk ke dalam telefon. Video banyak, berat. Memori telefon jadi nipis.

Tunggu kami padam video yang awak kirim lima minit tadi sebelum awak muat naik video baru.

Suka Mengkritik Tapi Tidak Boleh Dikritik

Ajak berdebat tetapi tidak benarkan orang berhujah. Semua disanggah. Bila ditegur, terus jadi emosi. Bila emosi, mulalah melalut mengungkit jasa-jasanya. Debat pasal filem Polis Evo sahaja pun.

Ahli-ahli tiada Etika

Kumpulan PIBG adalah yang paling digeruni oleh guru-guru. Ini platform ibu bapa main tanya dan hentam ikut suka hati mereka.

“Saya tak marah, saya hanya bertanya” adalah ayat yang disusuli dengan pernyataan “apa hak cikgu batalkan mesyuarat? Cikgu ini pandaikah?”

Bicara sebegini patut berlangsung satu dengan satu, bukan dalam kumpulan. Tidak malukah orang tengok awak marah cikgu di khalayak ramai. Cikgu itulah yang mendidik anak awak.

Ulas Prestasi Kelab Bola

Menang tidak apa. Kalau seri atau kalah tolong jangan ulas sepatah pun. Sensitif tahap tertinggi!

Sembang Peribadi

Rasanya ini juga sangat memualkan ahli lain. Nak tanya urusan dengan kawan dalam group hantarlah mesej peribadi. Dia buat macam tiada member lain dalam group daa..

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub.cc

4 comments

  1. Enter your comment...hehe setakat ni dah dekat 20 group sy left kan..

    ReplyDelete
  2. saya dah penat dengan group whatsapp yang entah apa apa ni. kalau ada yang mengarut dan tak penting, saya left je.

    ReplyDelete
  3. Macam2 group ada.. kdg2 serba salah pula nak left hehee

    ReplyDelete
  4. Perlu ada sikap bertolak ansir di dalam kumpulan. Jangan ingat kita yang terbaik..seperti yang bloq ini tonjolkan.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon