Tuesday, January 19, 2016

Ditolak 6 Universiti Kerana Terlalu Berbakat!


Ujang pernah bercita-cita menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi terutamanya di Institut Teknologi Mara (ITM).

Ujang

Sebenarnya ia adalah hasil dorongan daripada bekas guru pendidikan seninya, Cikgu Ahmad Rashidi Hassan.

Walaupun sudah berjaya sebagai kartunis dan mempunyai peminat yang ramai, pesanan bekas gurunya tersemat kukuh dalam fikirannya.

Ujang pernah memohon masuk dalam jurusan seni halus. Pemohonan masuk ke ITM dibuka sebanyak dua kali setahun. Setiap kali itu juga Ujang memohon namun ditolak.

Akhirnya selepas permohonan kali keenam, barulah Ujang dipanggil untuk temuduga bertulis.

“Aku akan pastikan kali ini aku berjaya.”

Ujian pun bermula.

“Semua calon diminta melukis mengikut tajuk yang diberikan. Masa ujian bermula sekarang.”

Selepas sesi penilaian, Ujang berjumpa dengan pensyarah penilai, “Saya boleh diterima encik?”

“Skil kamu tinggi. Bakat kamu besar. Tetapi saya cadangkan kamu belajar di tempat lain.”

“Kenapa pula?”

“Kamu akan bosan nanti. Di sini kamu akan diajar semula perkara-perkara asas seni dan lukisan. Garisan, bulatan, empat segi. Pendek kata, semua yang asaslah.”

“Tetapi saya sudah banyak kali mohon. Ini kali keenam.”

“Mungkin tempat kamu memang di tempat lain. Maafkan saya.”

Ujang balik dengan perasaan hampa. “Apa punya penilai. Kata aku bagus tetapi ditolak.”

Ujang [2]

Selepas enam kali memohon dan ditolak, Ujang berhenti berharap. Kesemua surat jawapan daripada ITM diposkan kembali.

“Biar mereka tahu aku protes. Puas hati aku!”

Siapa dia diatas? Dialah kartunis Ujang.

Jadi, janganlah bersedih kalau tidak dapat masuk "U" atau tak dapat benda macam yang kita mahukan.

InsyaAllah, kalau kita tak berhenti berdoa dan berusaha, ada benda lebih baik sedang menunggu kita di hujung sana.

BACA INI JUGA: 3 Rahsia Kejayaan Hebat Henry Ford

Sumber: Thevocket.com

5 comments

  1. Pelik betul negara ni...orang yang pandai tak boleh masuk universiti. Ok kita terima. tapi bagilah tahu kat dia universiti mana yang dia kena masuk untuk kembangkang bakat dia. Haishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitu juga dalam dunia pekerjaan, kalau keputusan terlalu bagus, memang susah nak dapat kerja. Kecuali mungkin dalam bidang swasta.

      Delete
  2. Tempat ujang mmg tak sesuai kat situ utk org yg advance mcm dia. Mungkin sbb itu dia ditolak agar dia tidak bosan belajar benda asas. Selalu org yg dh berada pd level advance, bg dia belajar bende asas adalah suatu yg annoying. Btol dh tu pensyarah penilai suruh dia cari tempat yg selevel dgn bakat dia agar dia tak jadi mcm org2 sebelumnya yg berbakat besar mohon belajar kat situ, dh separuh jalan belajar, pastu berhenti sekerat sebab level tak setaraf dengannya utk belajar bende asas..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon