Wednesday, January 27, 2016

Aishah Aziz Terkilan Dilabel Kafir Kerana Warnakan Rambut


Penyanyi Aisyah Aziz terkilan apabila dilabel sebagai kafir oleh salah seorang pengikut laman sosial Instagram gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakannya mewarnakan rambut.

Aishah Aziz

Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 22, berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku tambahan pula ia dilakukan secara terbuka dan berniat jahat.

"Pada saya tindakan individu berkenaan melabel saya sebagai kafir gara-gara warna rambut saya adalah perbuatan melampau dan siapa dia untuk berkata demikian?

"Kata-kata itu pula dibuat secara terbuka dan sekiranya saya hina dimatanya, apa bezanya dia dengan saya," katanya.

Aisyah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penerimaan peminat terhadap imej terbaharunya itu ketika ditemui di acara Anugerah Juara Lagu 30 (AJL 30) di Stadium Malawati Shah Alam, Ahad lalu.

Dalam pada itu, Aisyah berkata, biarpun kata-kata negatif sesetengah pengikut laman sosial tidak memberi kesan kepadanya namun dia mengambil keputusan untuk membalas kata-kata individu berkenaan.

Kata Aisyah, dia perlu berbuat demikian kerana tuduhan dilempar terhadapnya berat selain ia melibatkan agama.

"Saya memberitahunya bahawa saya ada kenalan yang mempunyai tatu di badannya namun hatinya lebih mulia daripada dirinya.

"Pada saya perkara melibatkan agama jangan cakap begitu kerana ia tuduhan yang berat dan ada caranya jika hendak menegur sesuatu perkara," katanya.

Tambah Aisyah lagi, sejak menukar imej rambutnya dia banyak menerima mesej peribadi di Instagram daripada peminat yang menasihatinya dan dia menerima dengan baik.

"Saya bukannya tidak boleh terima nasihat tetapi biarlah dengan cara betul. Saya hormat dengan peminat yang mesej saya secara peribadi untuk nasihat dan saya terima malah membalas kembali," ujarnya.

Sementara itu, Aisyah berkata, selain komen negatif dia juga banyak menerima pandangan positif daripada peminat berhubung imej terbaharunya itu.

"Sebenarnya penerimaan peminat lebih banyak yang positif daripada negatif dan peminat hari ini lebih terbuka.

"Yang tidak suka itu cuma segelintir sahaja," katanya lagi.

BACA INI JUGA: Reaksi Orang Korea Terhadap Selebriti Malaysia

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon