Sunday, January 31, 2016

9 Perkara Biasa Kita Buat Dengan Cara Yang Tidak Betul


Ada beberapa perkara dalam kehidupan seharian yang kita biasa lakukan, dengan cara yang tidak betul.

Mistakes

Jom baca..

Keringkan Tangan Guna Tisu

Keringkan Tangan Guna Tisu

Berapa helai tisu yang biasa kita akan ambil untuk keringkan tangan? 2, 4, 5 ?. Sebenarnya cara yang betul untuk mengeringkan tangan dengan tisu adalah dengan mengambil sehelai sahaja dan dilipat menjadi dua sebelum mengelap tangan kita.

Dengan cara ini, proses yang dipanggil "intersitial suspension" boleh berlaku. Dengan bahasa biasa, ia membolehkan air diserap sama rata ke dalam tisu dengan lebih efisyen.

Lebih dari itu, cara ini menjimatkan tisu dan duit.

Buang air besar

Buang air besar

Rasanya cara ini tidak aneh bagi mereka yang masih lagi menggunakan jamban cangkung. Tapi bagi mereka yang menggunakan jamban duduk, anda perlu tahu yang cara itu sememangnya salah dan boleh menyebabkan kemudaratan.

Ini kerana sekiranya kita duduk semasa membuang air besar, saluran usus tidak natural jika dibandingkan dengan saluran usus ketika mencangkung.

Kupas ubi kentang

Kupas ubi kentang

Jika anda selalu berada di dapur anda akan tahu 'perit' mengupas kulit ubit kentang. Tapi sekiranya anda menggunakan teknik ini, 'perit' itu akan hilang sekelip mata.

Mula-mula, rebus ubi kentang itu, kemudian masukkannya kedalam air sejuk selama lima saat. Selepas itu tarik sahaja kulitnya. Magik!.

Pecahkan telur

Pecahkan telur

Kebiasaannya, apabila kita cuba memecahkan telur, kita akan menggunakan permukaan yang nipis bagi memastikan telur itu retak.

Dan ini akan menyebabkan serpihan kulit telur itu termasuk ke dalam mangkuk.

Untuk mengelakkan ia dari berlaku, cuba retakkan telur di atas permukaan rata dan gunakan kedua-dua belah tangan bagi menarik kulit telur.

Cara ini mungkin dapat menyelamatkan seseorang dari hilang mood makan apabila tergigit kulit telur.

Flush jamban

Flush jamban

Apabila mem'flush' jamban, pastikan lubangnya sentiasa ditutup. Jika tak, cuba bayangkan kemana bau dan juga kuman akan merebak masa flush? Pastinya ke atas.

Minum air tin guna straw

Minum air tin guna straw

Selain dari menjadi pembuka tin, kepingan aluminium kecil diatas tin minuman mempunyai tujuan lain, iaitu sebagai pemegang straw.

Setelah anda membuka tin, pusing pembuka tin itu 180 darjah dan masukkan straw ke dalam tin melaluinya.

Dengan itu, straw anda tidak akan terangkat naik ke atas.

Tuang cecair

Tuang cecair

Gambar diatas adalah cara yang betul untuk menuang cecair keluar dari kotak ataupun botol.

Dengan menggunakan cara ini, cecair tidak akan jatuh dengan berderai memandangkan tekanan yang kurang kerana lubangnya berada di tempat yang lebih tinggi.

Selain dari botol minuman, cara yang sama boleh diguna untuk menuang minyak pelincir dari botol.

Pegang burger

Pegang burger

Pernah terfikir kenapa apabila kita makan burger, isinya selalu terkeluar seolah-olah melarikan diri dari dimakan?

Jawapannya adalah kerana selama ini kita memegangnya dengan cara yang salah. Cara yang betul memegang burger adalah dengan menggunakan jari kelingking sebagai sokongan kepada bahagian hujung burger supaya isinya lebih kemas didalam.

Keringkan cawan dengan cepat

Keringkan cawan dengan cepat

Apabila kita meletakkan cawan secara terbalik dengan harapan ia akan kering dengan lebih cepat; dimana airnya akan mengalir kebawah hasil daya tarikan graviti; selama ini kita salah.

Ini kerana air-air itu masih terperangkap di dalam cawan itu dan akan bertukar menjadi wap air. Selepas itu, wap-wap air itu akan bertukar menjadi air semula dan proses yang sama akan berulang.

Jadi, cara yang paling cepat untuk mengeringkan cawan adalah dengan membiarkan sahaja selepas dibasuh. Tapi sekiranya persekitaran anda kotor, adalah lebih baik anda menterbalikkannya.

Semoga bermanfaat..

BACA INI JUGA: 6 Kesilapan Lelaki Tentang 'Hubungan Asmara'

Sumber: Siakapkeli

5 comments

  1. Wah tips2 yang amat berguna ni SP. Nanti ambil hadiah di Pejabat SP ya...terbaik

    ReplyDelete
  2. panduan yg amat bermanfaat...

    ReplyDelete
  3. Ada yg betul sebenarnya salah dan yg tak berapa nampak betul tu sebenarnya betul kan... Thanks sharing SP.

    ReplyDelete
  4. Ada yg betul sebenarnya salah dan yg tak berapa nampak betul tu sebenarnya betul kan... Thanks sharing SP.

    ReplyDelete
  5. Senyum sendiri bila baca tips yang minum air tin dengan tuang cecair tu sebab tak pernah buat macam tu pun.

    Thanks SP for sharing this.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon