Saturday, January 30, 2016

10 Negara Dengan Matawang Paling Murah Di Dunia


Tahukah anda kebanyakan negara dari benua Afrika mempunyai nilai matawang yang rendah nilainya kerana inflasi yang tinggi dan sistem kewangan yang kurang mapan.

Antaranya seperti Zimbabwe, nilai matawang negara itu hampir tidak ada nilainya kerana inflasi yang sangat tinggi sehinggakan duit dicetak dengan begitu senang sahaja.

Berikut merupakan 10 negara yang mempunyai nilai matawang terendah di dunia bagi tahun 2016.

1. Rial Iran

Rial Iran

Nilai matawang: 1 Rial Iran bersamaan 1 US$0.0000331300

Rial adalah matawang rasmi negara Iran. Mata wang Rial menggantikan matawang lama yang dikenali sebagai toman. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1798.

2. Dobra Sao Tome and Principe

Dobra Sao Tome and Principe

Nilai matawang: 1 Dobra Sao Tome and Principe bersamaan 1 US$0.0000444700

Dobra merupakan matawang yang digunakan oleh Sao Tome and Principe. Ia mula digunakan sejak tahun 1977 menggantikan escudo.

3. Dong Vietnam

Dong Vietnam

Nilai matawang: 1 Dong Vietnam bersamaan 1 US$0.0000450000

Dong merupakan nilai matawang Vietnam yang digunakan sejak tahun 3 Mei 1978.

4. Rupiah Indonesia

Rupiah Indonesia

Nilai matawang: 1 Rupiah Indonesia bersamaan 1 US$0.0000732180

Rupiah adalah unit matawang Indonesia. Matawang Rupiah pertama kali diperkenalkan semasa Pendudukan Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua, Bank Jawa memperkenalkan matawang Rupiah Jawa sebagai pengganti.

Pada 2 November 1949, Indonesia menetapkan Rupiah sebagai matawang kebangsaannya yang baru.

5. Kip Laos

Kip Laos

Nilai matawang: 1 Kip Laos bersamaan 1 US$0.000123130

Kip adalah matawang negara Laos.

6. Franc Guinea

Franc Guinea

Nilai matawang: 1 Franc Guinea 1 US$0.000129720

Franc Guinea adalah matawang yang digunakan oleh negara Guinea. Franc Guinea mula digunakan sejak dari tahun 1959 menggantikan Franc CFA.

7. Guarani Paraguay

Guarani Paraguay

Nilai matawang: 1 Guarani Paraguay bersamaan 1 US$0.000169220

Guarani Paraguay adalah matawang rasmi negara Paraguay sejak 1944 menggantikan wang Peso Paraguay.

8. Shilling Somalia

Shilling Somalia

Nilai matawang: 1 Shilling Somalia bersamaan 1 US$0.00164036

Shilling Somalia merupakan matawang negara Somalia. Shilling Somalia mula digunakan sejak tahun 1921 apabila Shilling East African diperkenalkan kepada British Somaliland yang melindungi negara itu.

9. Dollar Zimbabwe

Dollar Zimbabwe

Nilai matawang: 1 Dollar Zimbabwe bersamaan US$0.00276319

Dollar Zimbabwe mendapat perhatian dunia kerana menghadapi krisis kemerosotan nilai yang dahsyat sehingga menyebabkan hiperinflasi dalam ekonomi negara Afrika berkenaan.

10. Manat Turkmenistan

Manat Turkmenistan

Nilai matawang: 1 Manat Turkmenistan bersamaan 1 US$0.285714

Manat merupakan nilai matawang negara Turkmenistan. Ia mula digunakan sejak tahun 1 November 1993 menggantikan Ruble Russia.

BACA INI JUGA: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi

Sumber: Lokmanamirul

7 comments

  1. Tq....SP sudi guna entri saya...

    ReplyDelete
  2. Info yang hebat dan baik. Semoga dilindungi negara kita dari kejatuhan mata wang yang teruk

    ReplyDelete
  3. Ada yg kata, nilai duit membentuk nilai maruah sesuatu negara pada mata intelektual... wallahualam. Semoga nilai matawang kita tak jatuh serendah hingga kita perlu melukut pada negara asing...

    ReplyDelete
  4. Harap Nilai matawang Malaysia akan semakin baik dan jauh dari tersenarai dlm artikel seperti ini dimasa-masa akan datang.. in shaa Allah

    ReplyDelete
  5. Harap negara kita tak termasuk dalam senari ni nanti.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon