Tuesday, December 22, 2015

Sifat Kebiasaan Rasulullah SAW Yang Luarbiasa


Adalah Rasulullah SAW itu kelihatannya seperti orang yang selalu bersedih. Sentiasa banyak berfikir, tidak pernah beristirehat panjang, tidak berbicara bila tidak ada keperluan, banyak diamnya, memulakan bicara dan menghabiskannya dengan sepenuh mulutnya.

Motivasi hebat

Kata-katanya penuh mutiara bagaikan manikam, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, lemah-lembut tidak terlalu kasar mahupun menghina diri.

Sentiasa membesarkan nikmat walaupun kecil. Tidak pernah mencela nikmat atau terlalu memujinya.

Tiada seorang dapat meredakan marahnya apabila sesuatu kebenaran dihina sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, dikatakan bahawa baginda menjadi marah kerana sesuatu urusan dunia atau apa-apa yang bertalian dengannya.

Tetapi apabila baginda melihat kebenaran itu dihina, tiada seorang pun yang dapat melebihi marahnya, sehingga baginda dapat membela kerananya.

Baginda tidak pernah marah untuk dirinya atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya.

Bila memberi isyarat, diisyaratkan dengan semua telapak tangannya. Dan apabila baginda takjub, dibalikkan telapak tangannya.

Bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangan yang kanan pada ibu jari kiri.

Bila marah baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah. Bila baginda gembira, dipejamkan matanya.

Kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum. Bila ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin.

BACA INI JUGA: 6 Penawar Sakit Hati Terbaik Yang Diajarkan Rasulullah

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. Rasulullah SAW adalah contoh insan terbaik yang tiada bandingannya...

    ReplyDelete
  2. Seharusnya kita semua menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon