Tuesday, December 08, 2015

Oymyakon, Perkampungan Paling Sejuk Di Dunia!


Suhu paling rendah pernah dicatatkan adalah -71.2 darjah selsius pada tahun 1924, Oymyakon, sememangnya layak digelar perkampungan paling sejuk di dunia.

Oymyakon

Walaupun digelar kampung paling sejuk di dunia, Oymyakon sebenarnya membawa maksud air tidak membeku.

Nama itu diambil sempena kewujudan sebuah mata air panas suatu ketika dahulu dikawasan tersebut.

Walaupun hidup dalam suhu yang sangat sejuk, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dalam kekurangan nutrien.

Susu lembu, ikan air sejuk, rusa kutub dan kuda, merupakan sumber makanan utama penduduk disitu.

Oymyakon Fish

Dikhabarkan, jumlah penduduk yang tinggal di Oymyakon hanyalah sekitar 500 orang.

Bagi menyara hidup, penduduk Oymyakon melakukan pekerjaan seperti menternak haiwan, memburu dan menjadi nelayan.

Dan walaupun tinggal diperkampungan paling sejuk di dunia, kebanyakan penduduk memiliki tandas di luar rumah.

Penduduk Oymyakon hanya mengalami tiga jam waktu siang ketika musim sejuk. Keadaan ini berbeza ketika musim panas. Waktu siang lebih lama iaitu sekitar 21 jam. Suhu pada musim panas hanyalah 30 darjah selsius.

Oymyakon Car

Sementara itu, ketika musim sejuk, enjin kenderaan terpaksa dihidupkan semalaman. Ini kerana enjin kenderaan akan rosak akibat membeku kerana cuaca sejuk melampau.

Walau bagaimanapun, bukanlah semua kenderaan perlu dihidupkan sepanjang masa. Ianya bagi kenderaan yang tidak disimpan didalam garaj sahaja.

Selain itu, masalah utama lain berlaku apabila berlakunya kematian. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk menyelesaikan urusan pengebumian.

Tugas pertama yang perlu dilakukan adalah menyalakan unggun api untuk mencairkan tanah supaya mudah digali. Bara arang akan dimasukkan kedalam lubang secara berulang-ulang sehingga memuatkan saiz mayat ke dalam lubang.

Oymyakon Cloth

Suhu sejuk turut menyebabkan dakwat pen membeku. Pakaian yang dijemur juga menjadi keras.

Kebanyakan penduduk menggunakan unggun api sebagai penghasilan haba. Namun, sesetangah penduduk pula menggunakan pemanas moden sebagai alat bantuan haba.

Meskipun memiliki suhu rendah sepanjang tahun, Oymyakon sentiasa menerima kunjungan daripada pelancong luar.

Oymyakon visitors

Mereka ingin merasai sendiri pengalaman luar biasa ini, apatah lagi sejak mengetahui Oymyakon sebagai perkampungan paling sejuk di dunia!

BACA INI JUGA: 'Sesiapa Yang Ingin Melihat Syurga Dunia, Datanglah Ke Dubrovnik!'

-SENTIASAPANAS.COM

6 comments

  1. Huu..tak sanggup kesejukan memanjang..nilah kelebihan alam lain ciptaanNya

    ReplyDelete
  2. Wah 3 jam je waktu siang di sana ya,menarik sebab baru tahu hehe

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...SP,

    suhu nyer di bawah tahap beku... pehh.. mengalahkan suhu sejuk peti ais kat rumah...

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mSelim. Tak perlu lagi peti sejuk kat rumah..:)

      Delete
  4. Bestnya kalau dapat gi melancong ke sana..sesekali ehh

    ReplyDelete
  5. baik tak yah jemur pakaian tu kan hihi, beku dah :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon