Friday, December 18, 2015

'Hai Kaum Muslimin, Siapakah Orang Yang Paling Berani?'


Terdapat satu kisah dimana, pada suatu hari Rasulullah SAW sedang solat, tiba-tiba muncul seorang pemuda bernama Uqba bin Muayt datang menghampiri Rasulullah SAW dengan seutas tali.

Abu-Bakar-ra

Ketika itu Rasulullah SAW sedang sujud. Uqba melemparkan tali yang dipegangnya ke leher Rasulullah SAW dan mula menjerut leher beliau sehingga terkeluar bunyi "akhhh".

Rasulullah SAW kesakitan kerana tindakan Uqba. Pada ketika itu para sahabat turut berada bersama Rasulullah SAW dan menyaksikan perkara tersebut. Kebetulan pada ketika itu Abu Bakar As Siddiq melalui tempat kejadian dan ternampak perbuatan Uqba.

Dengan segera Abu Bakar As Siddiq menolak Uqba. "Apakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia menyatakan, "Tuhanku adalah Allah" (Al-Mukmin: 40), kerana itukah kamu mahu membunuhnya?" soal Abu Bakar As-Siddiq kepada Uqba.

"Dia bukan sahaja mengaku Allah adalah satu malah dia juga mempunyai banyak bukti-buktinya," sambung Abu Bakar As-Siddiq.

"Dan jika dia berbohong, maka hidupnya akan runtuh, jadi kamu tidak perlu menguruskannya.

"Dan jika dia jujur dalam bicaranya, maka dia adalah Rasul Allah yang sebenarnya," tambah Abu Bakar As-Siddiq lagi.

Al-Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah dihadapan kaum Muslimin.

Beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani?"

Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."

Ini kerana Saidina Ali r.a. yang selalu bersedia untuk melawan sesiapa sahaja yang ingin berlawan dengannya. Kuatnya Saidina Ali r.a sehinggakan dia menggunakan pintu istana sebagai perisainya.

Cuba anda bayang seorang yang mampu mengangkat pintu istana yang besar dan berat menggunakan sebelah tangan sebagai perisainya. Bayangkan betapa kuatnya Saidina Ali r.a.

Lalu Saidina Ali r.a berkata, "Aku bertarung dengan orang-orang yang menghampiriku, yang ingin menentangku, aku akan bertarung dengan mereka. Akan tetapi Abu Bakar r.a akan berlawan dengan sesiapa sahaja yang menentang Rasulullah SAW. Dia lebih kuat berbanding aku".

Kata Saidina Ali lagi, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah SAW dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik?

"Disaat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunuskan pedangnya dihadapan Nabi membunuh siapa sahaja yang mendekati gubuk Nabi SAW, itulah orang yang paling berani."

"Pada suatu hari juga aku pernah menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau dan menyakiti baginda dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan?"

Disaat itu tidak ada seorang pun yang berani membela Nabi selain Abu Bakar r.a. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Adakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah?"

Persoalannya, kenyataan yang dibuat oleh Abu Bakar As-Siddiq r.a. itu pernah diungkapkan oleh siapa? Kenyataan tersebut pernah diungkapkan oleh seseorang yang hidup pada zaman Nabi Musa r.a.

Ketika Firaun menyuruh bala tenteranya membunuh Nabi Musa r.a., terdapat seorang yang beriman kepada Allah (secara sembunyi) telah mengeluarkan kenyataan ini untuk melawan Firaun.

Dia berkata kepada Firaun, "Adakah kau akan membunuh Musa r.a. hanya kerana dia berkata, "Aku beriman kepada Allah yang satu?".

Hal yang sama telah berlaku keatas Abu Bakar as Siddiq r.a. Masya-Allah.

Kemudian, sambil mengangkat kain selendang beliau mengusap air matanya.

Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar?"

Semua jamaah diam, tidak ada yang menjawab.

Berkata lagi Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya, sedangkan Abu Bakar menyiarkan imannya."

BACA INI JUGA: Pahala Siapakah Sebanyak Bintang Dilangit?

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. terbaik SP..sampaikan biar sepatah

    ReplyDelete
  2. Markus 9:33-37
    Kemudian tibalah Yesus dan murid-murid-Nya di Kapernaum. Ketika Yesus sudah di rumah, Ia bertanya kepada murid-murid-Nya: "Apa yang kamu perbincangkan tadi di tengah jalan?"
    Tetapi mereka diam, sebab di tengah jalan tadi mereka mempertengkarkan siapa yang terbesar di antara mereka.
    Lalu Yesus duduk dan memanggil kedua belas murid itu. Kata-Nya kepada mereka: "Jika seseorang ingin menjadi yang terdahulu, hendaklah ia menjadi yang terakhir dari semuanya dan pelayan dari semuanya."
    Maka Yesus mengambil seorang anak kecil dan menempatkannya di tengah-tengah mereka, kemudian Ia memeluk anak itu dan berkata kepada mereka:
    "Barangsiapa menyambut seorang anak seperti ini dalam nama-Ku, ia menyambut Aku. Dan barangsiapa menyambut Aku, bukan Aku yang disambutnya, tetapi Dia yang mengutus Aku."

    Matius 26:48-54
    Orang yang menyerahkan Dia telah memberitahukan tanda ini kepada mereka: "Orang yang akan kucium, itulah Dia, tangkaplah Dia."
    Dan segera ia maju mendapatkan Yesus dan berkata: "Salam Rabi," lalu mencium Dia.
    Tetapi Yesus berkata kepadanya: "Hai teman, untuk itukah engkau datang?" Maka majulah mereka memegang Yesus dan menangkap-Nya.
    Tetapi seorang dari mereka yang menyertai Yesus mengulurkan tangannya, menghunus pedangnya dan menetakkannya kepada hamba Imam Besar sehingga putus telinganya.
    Maka kata Yesus kepadanya: "Masukkan pedang itu kembali ke dalam sarungnya, sebab barangsiapa menggunakan pedang, akan binasa oleh pedang.
    Atau kausangka, bahwa Aku tidak dapat berseru kepada Bapa-Ku, supaya Ia segera mengirim lebih dari dua belas pasukan malaikat membantu Aku?
    Jika begitu, bagaimanakah akan digenapi yang tertulis dalam Kitab Suci, yang mengatakan, bahwa harus terjadi demikian?"

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon