Friday, December 11, 2015

15 Bukti Keimanan


Al-Hakim meriwayatkan Alqamah bin Haris r.a. berkata, aku datang kepada Rasulullah SAW dengan tujuh orang dari kaumku. Kemudian setelah kami memberi salam dan beliau tertarik sehingga baginda bertanya, "Siapakah kamu ini?

15 Bukti Keimanan

Jawab kami, Kami adalah orang beriman."

Kemudian, baginda bertanya, :Setiap perkataan ada buktinya, apakah bukti keimanan kamu?"

Jawab kami, "Buktinya ada lima belas perkara. Lima perkara yang engkau perintahkan kepada kami, lima perkara yang diperintahkan oleh utusanmu kepada kami dan lima perkara yang kami terbiasa sejak zaman jahiliah."

Tanya Nabi SAW, "Apakah lima perkara yang aku perintahkan kepada kamu itu?"

Jawab mereka, "Kamu telah perintahkan kami untuk beriman kepada Allah, percaya kepada Malaikat, percaya kepada kitab, percaya kepada Rasul dan percaya kepada qada dan qadar.

Nabi SAW bertanya lagi, "Apakah lima perkara yang diperintahkan oleh para utusanku itu?"

Jawab mereka, "Kami diperintahkan oleh para utusanmu untuk bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah dan engkau adalah utusan-Nya, mewajibkan kami mendirikan solat, mengerjakan puasa dibulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan haji bila mampu.

Tanya Nabi SAW lagi, "Apakah lima perkara yang kamu masih terbiasa sejak zaman jahiliah?"

Jawab mereka, "Bersyukur diwaktu senang, bersabar diwaktu kesusahan, berani diwaktu perang, redha apabila diberikan ujian dan tidak merasa gembira dengan sesuatu musibah yang menimpa musuh."

Mendengar ucapan mereka yang begitu menarik ini, Nabi SAW berkata, "Sungguh kamu ini termasuk didalam kaum yang amat pandai dalam agama mahupun dalam tatacara berbicara. Hampir sahaja kamu ini serupa dengan para Nabi dengan apa yang kamu katakan tadi."

Kemudian Nabi SAW berkata, "Mahukah kamu aku tunjukkan lima amalan yang akan menyempurnakan apa yang kamu katakan tadi?"

"Janganlah kamu mengumpulkan sesuatu yang tidak kamu makan. Janganlah kamu mendirikan rumah yang tidak akan kamu diami. Janganlah kamu berlumba-lumba dalam sesuatu yang bakal kamu tinggalkan dan berusahalah kamu untuk mencari bekalan untuk ke akhirat."

BACA INI JUGA: Akhirnya Telah Lengkap Tanda-tanda Kiamat Kecil

-Sentiasapanas.com

3 comments

  1. alhamdulillah terbaik SP..dalam jumaat ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat yang diberkati juga cikgu etuza..:)

      Delete
  2. Alhamdulillah.... t kasih atas perkongsian ini SP

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon