Jenama pelembut pakaian, Downy Malaysia menafikan dakwaan bahawa produknya mengandungi unsur babi seperti yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.
Downy menerusi satu kenyataan di laman Facebook hari ini berkata, formula produk yang dijual di negara ini tidak sama dengan produk yang dikeluarkan di Amerika Syarikat (AS).
“Formula produk kami yang dijual di Malaysia tidak sama dengan formula yang digunakan di Amerika Syarikat dan juga dihasilkan di kilang berbeza.
“Maklumat yang dikongsi di laman Facebook lain adalah khusus kepada produk yang dijual di Amerika Syarikat,” tulis kenyataan tersebut.
Pada masa sama, jenama pelembut pakaian ini turut menegaskan pihaknya sentiasa menjaga kehendak pelanggan selain menjamin kualiti produk yang dihasilkan.
“Kami mereka produk dengan mengambil kira keperluan pelanggan di setiap pasaran produk dijual.
“Kami mempunyai beberapa variasi produk untuk memenuhi keperluan yang berbeza di setiap pasaran.
"Tidak kira di mana produk kami dihasilkan, kami menjamin kualiti yang tinggi bagi semua produk Downy,” tulis mereka.
Baru-baru, satu paparan skrin didakwa dari akaun Downy yang mengakui produk pelembut mereka iaitu ‘Downy Fabric Softeners’ mengandungi lemak lembu dan kemungkinan terdapat unsur lemak babi, tersebar di laman sosial.
Downy Tiada logo Halal
Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi satu kenyataan melalui Bahagian Hab Halal memaklumkan produk pelembut pakaian Downy tidak pernah membuat permohonan bagi mendapatkan Pensijilan Halal Malaysia.
Jadi, nak guna atau tidak produk ni, terpulang kepada pengguna beragama Islam.
BACA INI JUGA: Kenapa Islam Menyamak Najis Berat Dengan Tanah?
Sumber: Mynewshub.cc

Harap selepas isu ini pihak Downy Malaysia memohon sijil halal dari Jakim supaya pengguna tak rasa was-was. Lagipun seandainya benar apa yang Downy Malaysia nafikan tu pihak mereka tak perlu risau dan bimbang untuk apply sijil halal berkenaan.
ReplyDeleteada2 saja barangan yang tiada logo halal...kita terdedah sebenarnya dengan bahan palitan yang tidak halal ni, makanan segera juga banyak sudah rahsia terbongkar..muslim muslimah jadi mangsa. Yeyapi allah itu tahu kita bukan senagaja..
ReplyDeleteAiza salah seorang pengguna downy.. Mungkin selwpas ini pihak downy malaysia perlu mendapatkan sijil halal bagi mengukuhkan kepercayaan pengguna..
ReplyDeleteSaya hanya cuci tetapi tidak guna pelembut fabrik hehe..cuci pun guna tangan je walau ada mesin basuh...err..kuat main air sebenarnya hehe..apapun pihak downy perlu ambil inisiatif untuk mengatasi apa yg timbul ini..
ReplyDelete