Thursday, November 19, 2015

Dendam Yahudi dan Nasrani (Kristian) Terhadap Islam


Allah Taala memberitahu semenjak 1400 tahun yang lalu bahawa orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian tidak akan sekali-kali redha terhadap umat Islam kecuali umat Islam mengikut agama mereka.

Dendam Yahudi dan Nasrani

Hari ini umat Islam bukan sahaja tidak bersedia menghadapi musuh-musuh seperti Yahudi, Nasrani dan munafik bahkan juga tidak pun memerangi musuh batin yang sangat jahat itu iaitu hawa nafsu dan syaitan.

Konon kerana semangat kerjasama dan tolak ansur, umat Islam sangat berbaik dan menjaga hati orang lain sekalipun musuh. Sebab itu mudah sahaja bagi musuh untuk memperdayakan umat Islam hari ini.

Perangkap mereka sudah mengena, bahkan sudah penuh dengan orang-orang Islam. Sehingga musuh-musuh itu tidak payah lagi bekerja keras untuk mengalahkan umat Islam dalam apa bidang sekalipun.

"Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang mengambil nafsu sebagai Tuhannya? Maka apakah kamu hendak menjadi wakil (orang yang bertanggungjawab)? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanya seperti binatang bahkan lebih sesat lagi." (Al-Furqan ayat 43-44

Bahkan umat Islam sudah merasa bangga dan bahagia menjadi kakitangan musuh-musuh mereka itu. Rasa selamat dalam perangkap. Rasa gembira menyertai pasukan musuh. Inilah gambaran Allah di dalam Al Quran:

Nyatalah bahawa ada manusia yang bukan sahaja tidak bermusuh dengan musuh, bahkan sangat taat dengan musuhnya. Mereka bekerja untuk musuh dengaan bangganya. Itulah realiti umat Islam kini. Tidak sedar bahawa mereka menjadi ejen musuh untuk memusnahkan Islam.

Janganlah kita menyangka bahawa ajaran-ajaran dan seruan-seruan Yahudi dan Nasrani itu hanya berlaku kepada Rasulullah SAW, tetapi perlu disedari bahawa ianya akan berterusan sehingga hari kiamat selagi wujudnya orang-orang Yahudi dan orang-orang yang menganut agama Kristian dan masih ada orang yang menjadi umat Islam.

"Ramai di kalangan ahli kitab mengharapkan kamu murtad menjadi kafir setelah kamu beriman kerana perasaan hasad dengki di dalam diri mereka setelah nyata kepada mereka kebenaran." Surah al-Baqarah ayat 109

Marilah kita mengambil pengajaran daripada cabaran yang dialami oleh Rasulullah SAW yang merupakan seruan Yahudi dan Nasrani ketika peristiwa Isra' dan mikraj, peristiwa Rasulullah SAW menjadi tetamu Allah Ta'ala.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani bukan sekadar memendam perasaan tidak redha kepada umat Islam di dalam hati mereka, bahkan melakukan usaha-usaha untuk memadamkan agama Allah Taala dan menghancurkan umat Islam dengan melancarkan permusuhan ke atas umat Islam.

Orang Yahudi itulah yang merancang peperangan Ahzab di zaman Rasulullah SAW bertujuan untuk menghancurkan negara Islam di bawah pimpinan baginda SAW dan mereka juga yang mencetuskan peperangan-peperangan di masa pemerintahan khulafah Ar-Rasyidin.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur." Surah Al-Mumtahanah ayat 13

Merekalah yang melancarkan perang salib sehingga mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1924 di Turki dan merekalah yang menghidupkan api peperangan yang melibatkan umat Islam pada hari ini seperti di Bosnia dan Kosovo, Afghanistan, Iraq, Libya, Syria dan diserata dunia.

Apabila kerajaan Uthmaniyah hilang dari alam nyata yang merupakan kejayaan kepada perancangan-perancangan Yahudi dan Nasrani sejak beratus-ratus tahun sebelum itu, maka tanahair umat Islam di bahagikan sesama kuasa penjajah.

Mereka akan memastikan umat Islam tidak akan bersatu kerana sekiranya umat Islam bersatu di bawah satu kerajaan Islam maka penyatuan ini akan mengancam dan membahayakan kepentingan Yahudi dan Kristian di negara umat Islam.

"Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu." Surah AlBaqarah ayat 147

Di dalam usaha mereka untuk menghancurkan Islam dan umat Islam sejak sekian lama, golongan ahli kitab mengetahui bahawa Islam adalah agama yang benar datang daripada Allah Taala dan Nabi Muhammad SAW itu merupakan benar-benar seorang Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada seluruh umat manusia sebagaimana Allah Taala pernah mengutuskan Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. kepada bani Israel.

Adapun agama Yahudi dan agama Kristian yang ada pada hari ini yang dianuti oleh musuh-musuh Islam pada hari ini hanyalah penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan terhadap ajaran para nabi dan rasul yang diutuskan kepada mereka sendiri.

Walaupun pada zaman ini masyarakat dunia memperjuangkan keadilan dan hak asasi manusia, namun orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menguasai sebahagian besar negara yang dianggap kuasa besar dunia dan negara-negara yang paling lantang bercakap tentang hak asasi, tidak sekali-kali akan memberikan hak kepada umat Islam.

"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi atau Nasrani. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar." Surah AlBaqarah ayat 111

Sebenarnya apa yang berlaku di hampir semua negara Islam yang dilanda peperangan jelas menunjukkan betapa tidak adilnya orang-orang Yahudi dan Nasrani.

Walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan-Pertubuhan dunia yang lain berusaha membela umat Islam tetapi mereka menangguhkan usaha-usaha yang telah diputuskan itu sehingga negara-negara ini menjadi medan peperangan dan pertumpahan darah yang mengorban dan mengalirkan darah umat Islam.

Sebaliknya pula apabila keputusan untuk menyerang Iraq suatu ketika dulu, mereka melancarkan serangan tanpa menangguhkannya lagi.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." Surah Al-Baqarah ayat 120

Mereka juga mengambil keputusan untuk menyerang Sudan dan Afghanistan tanpa mendapat apa-apa kebenaran daripada masyarakat dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Walaupun sebegitu zalim dan tidak adilnya keganasan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Kristian terhadap umat Islam, tetapi sebahagian besar daripada umat Islam tidak sedar dan insaf berpunca kerana mereka dipimpin oleh mereka yang telah disesat dan diasuh oleh Yahudi dan Kristian melalui perancangan yang sangat rapi.

Kita hendaklah sedar bahawa serangan orang-orang Yahudi dan Kristian ke atas umat Islam bukan sahaja dengan sistem persenjataan tetapi yang lebih bahaya daripada itu ialah serangan pemikiran melalui pendidikan, media massa dan lain-lain sehingga mereka berjaya melahirkan daripada kalangan anak-anak orang Islam, nama mereka nama Islam, kulit mereka seperti kulit orang Islam dan bercakap dengan bahasa yang dicakapkan oleh orang Islam tetapi membawa fikrah atau pemikiran Yahudi dan Kristian.

"Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. Katakanlah (wahai Muhammad: Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik." Surah Al-Baqarah ayat 135

Mereka menganut berbagai-bagai fahaman dan ideologi yang dilahirkan oleh ahli falsafah Yahudi dan Kristian. Ideologi-ideologi inilah yang diamalkan di negara-negara umat Islam.

Semua fahaman dan ideologi yang bertentangan dengan Islam diasaskan oleh orang-orang Yahudi seperti fahaman kapitalis diasaskan oleh seorang Yahudi yang bernama Adam Smith, fahaman komunis diasaskan oleh Karl Marx yang juga merupakan seorang Yahudi.

Dan fahaman-fahaman yang lain lagi diasaskan oleh orang-orang Yahudi bertujuan untuk memecah-belahkan manusia dan menimbulkan permusuhan yang berterusan sesama mereka sehingga membolehkan orang-orang Yahudi terus menguasai dunia.

"(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya)." Surah An-Nisaa' ayat 139

Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman ini diserapkan ke dalam sistem pendidikan dan pemikiran kanak-kanak Islam pada beberapa ketika dahulu dan kanak-kanak tersebut kini telah dewasa dan telah diberi lesen oleh penjajah-penjajah untuk memerintah negara-negara umat Islam.

Negara-negara umat Islam yang mahu merdeka daripada cengkaman penjajah tidak akan diberi kemerdekaan selagi tidak ada daripada kalangan anak-anak orang Islam yang menganut fahaman penjajah dan sanggup melakukan kerja-kerja diamanahkan oleh penjajah.

Inilah cabaran umat Islam dan inilah kenyataan yang berlaku di zaman ini yang digambarkan secara isyarat oleh Allah Taala pada malam Isra' dan Mikraj kepada Rasulullah SAW.

"Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (Neraka)." Surah Al-Maa’idah ayat 80

Marilah kita memahami betapa banyaknya cabaran yang terpaksa dilalui oleh umat Islam sebelum mereka bertemu dengan Allah Taala sebagaimana banyaknya cabaran dan ujian yang terpaksa dihadapi oleh Rasulullah SAW sebelum dijemput mengadap Allah Taala pada malam Isra' dan Mikraj.

Tidak ada yang menyelamatkan Rasulullah SAW pada malam Isra' dan Mikraj apabila diseru oleh panggilan-panggilan Yahudi, Nasrani dan dunia melainkan kekuatan iman dan istiqomah.

Marilah kita meningkatkan iman dan istiqomah kita sehingga kita bertemu dengan Allah Taala dan inilah yang menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.

BACA INI JUGA: Misteri Pemilihan Pusat Pentadbiran Gereja Katolik Di Vatican City

[Sumber]

12 comments

  1. Maaf penulis ...nak tanya sikit...harap berterus terang...adakah pejuang islam di Palestine, Isis,Taliban,Xinjiang itu semua benar bebanding pemimpin yg tak bantu mereka langsung. Malah bekerjasama dgn kafir...saya masih tak faham..isu di Perancis heboh tapi bila org palestine di bunuh pemimpin islam pun senyap...mana satu saya nak ikut...siapa yg layak menegur pemimpin termasuk msia.

    ReplyDelete
  2. Isu ini agak sukar difahami oleh kebanyakan orang kecuali anda sendiri rajin mengkajinya.. Cuma bayangkan begini.

    1. Pejuang islam di Palestine, Xinjiang ditindas. Masalahnya siapa nak bantu? Secara sembunyi boleh tp klu secara terangan akan dianggap membantu pengganas (propoganda media barat)

    2. Kenapa pemimpin Islam diam? Bayangkan anda seorang pemimpin di sebuah negara. Anda diugut oleh kuasa besar dunia untuk jangan berbuat apa-apa untuk membantu atau membantah bila Islam ditindas, sebaliknya wajib bersatu menentang 'keganasan Islam' atau negara anda diserang dari sudut ekonomi mahupun ketenteraan. Apa saudara akan buat?

    Baca ini (http://www.sentiasapanas.com/2015/06/kenapa-arab-saudi-bukan-negara-islam.html)

    3. Serangan di Perancis, baca ini (http://www.sentiasapanas.com/2015/11/false-flag-kaedah-menghalalkan.html) (http://www.sentiasapanas.com/2015/11/serangan-di-paris-dirancang-untuk.html)(http://www.sentiasapanas.com/2014/08/yahudi-perancang-perang-dunia-pertama.html)

    4. ISIS dan TALIBAN -Kambing hitam ciptaan siapa rasanya?

    5. Nak ikut siapa? Sabar dan berdoa. Malang sekali, hanya itulah senjata umat Islam diakhir zaman :(

    ReplyDelete
  3. apa yang diceritakan dalam Al-Quran memang benar dan terbukti hari ini,

    ReplyDelete
  4. surat tersurat di dalam Al-Quran sememangnya begitu

    ReplyDelete
  5. Salam sejahtera...Menurut saudara dan saudari diatas,siapakah yg memulakan dahulu tentang permusuhan ini?..sekiranya suatu hari nanti akan muncul suatu agama yg menyerang dasar Islam,apakah ISLAM TIDAK MEMERANGINYA???..bohong!aku pasti akan terjadilah perang besar besaran Islam terhadap agama tersebut.Begitu jugalah dengan Kristian dan Yahudi akan agama Islam yg berlawanan dengan Alkitab.Munculnya Islam sebagai agama baru bukan menjadi masalah bagi orang Alkitab melainkan MUNCULNYA ISLAM LALU MENENTANG KEBENARAN KITAB SEBELUMNYA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Edison,

      1. Islam adalah agama terakhir diturunkan Allah kepada manusia. Malang, kedatangannya disembunyikan oleh ketua2 Yahudi dan Kristian.

      2. Siapa yang mulakan permusuhan? Sila en. edison tolong jawabkan..;)

      Delete
  6. Islam tidak dapat sokongan atau menang apa apa tanpa berbohong, menipu dan menyeleweng fakta. Tidak habis habis menyalahkan agama lain. Islam yang memulakan semua permusuhan dan kacau bilau tapi sentiasa menuding jari kepada agama lain. Suka mengatakan agama lain salah dan bohong padahal kalau penganut agama lain berkata demikian atas islam, ramai terus menyalak orang tersebut menghina islam. Sedar diri lah wahai umat islam, sekiranya berani menegur agama lain terutamanya Kristian, harus la dapat menerima teguran kembali. Tulis la hal agama sendiri kalau tidak mau ditegur akibat tulisan dan ajaran sesat agama kamu sendiri.

    Thank u
    Gaman Logiut

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Saudara gaman logiut,

      Bukan islam yang memulakan permusuhan ttapi org2 yahudi dan nasrani dari 1400 tahun yg lalu. Kami x menyelewengkan fakta,menipu malah berbohong. Kitab Alquran adalah last testament (penyempurnaan bagi kitab Taurat(Torah),Zabur dan Injil(Bible). Ini adalah kebenarannya bukan menghina bukan juga memusuhi. Jesus christ (Nabi Isa Almasih a.s ) adapah nabi. Wajib untuk umat islam mengimaninya tetapi bukan sbgai tuhan, sebgai nabi dan rasul. Dia terdiri drpada rasul ulul azmi( menghadapi banyak dugaan hebat). Jadi kalau dikatakan Alquran tu adalah karangan Nabi Muhammad, bagaimana dia buli menulis smua ttg langit2 ada 7 lapisan, laut air tawar dan laut air masin bertembung antara satu sama lain, hari kiamat dan hari akhirat padahal dia ummi(buta huruf x pandai membaca). Kenapa Allah sengaja menjadikan Nabi itu buta huruf kerana tidak mahu Nabi dituduh sebagai pengarang Al Quran atau meniru Ajaran bible. Jika Bible itu adalah firman Tuhan yg asli, knpa masih ada kandungan lucah2 didalamnya. Sudah pasti Tuhan tidak melakukan perbuatan keji seperti itu.Jelas sekali bahawa kitab2 terdahulu sudah diubah oleh manusia biasa spt mana allah berfirman didalam alquran bahawa ajaran alquran smpai skrg asli dan x diubah sejak 1400 yg lalu kerana bnyk penghafiz alquran smpai juzuk 30. Saya sndiri asal Kristian mazhab SDA. Saya sudah menemui kebenarannya bahwa ttg ramalan kedatangan nabi muhammad saw (last prophet) mmg ada dlm kitab injil. Org2 yahudi dan nasrani sdh mengetahui smua ni tetapi disebaliknya menyembunyikan kebenaran.Jangan kamu terlampau ikut aktiviti gereja, bacalah kitabnya. Mw tahu lebih lanjut, kau misij saja saya (0168048738) khas untuk pencari kebenaran. Jadi fikir2 kan lah gaman ya, kada keara arau mw cari kebenaran. Buli juga tu lambat2.

      From
      Tanakwagu Ranahon (Ranau)

      Delete
    3. Saudara gaman logiut,

      Bukan islam yang memulakan permusuhan ttapi org2 yahudi dan nasrani dari 1400 tahun yg lalu. Kami x menyelewengkan fakta,menipu malah berbohong. Kitab Alquran adalah last testament (penyempurnaan bagi kitab Taurat(Torah),Zabur dan Injil(Bible). Ini adalah kebenarannya bukan menghina bukan juga memusuhi. Jesus christ (Nabi Isa Almasih a.s ) adapah nabi. Wajib untuk umat islam mengimaninya tetapi bukan sbgai tuhan, sebgai nabi dan rasul. Dia terdiri drpada rasul ulul azmi( menghadapi banyak dugaan hebat). Jadi kalau dikatakan Alquran tu adalah karangan Nabi Muhammad, bagaimana dia buli menulis smua ttg langit2 ada 7 lapisan, laut air tawar dan laut air masin bertembung antara satu sama lain, hari kiamat dan hari akhirat padahal dia ummi(buta huruf x pandai membaca). Kenapa Allah sengaja menjadikan Nabi itu buta huruf kerana tidak mahu Nabi dituduh sebagai pengarang Al Quran atau meniru Ajaran bible. Jika Bible itu adalah firman Tuhan yg asli, knpa masih ada kandungan lucah2 didalamnya. Sudah pasti Tuhan tidak melakukan perbuatan keji seperti itu.Jelas sekali bahawa kitab2 terdahulu sudah diubah oleh manusia biasa spt mana allah berfirman didalam alquran bahawa ajaran alquran smpai skrg asli dan x diubah sejak 1400 yg lalu kerana bnyk penghafiz alquran smpai juzuk 30. Saya sndiri asal Kristian mazhab SDA. Saya sudah menemui kebenarannya bahwa ttg ramalan kedatangan nabi muhammad saw (last prophet) mmg ada dlm kitab injil. Org2 yahudi dan nasrani sdh mengetahui smua ni tetapi disebaliknya menyembunyikan kebenaran.Jangan kamu terlampau ikut aktiviti gereja, bacalah kitabnya. Mw tahu lebih lanjut, kau misij saja saya (0168048738) khas untuk pencari kebenaran. Jadi fikir2 kan lah gaman ya, kada keara arau mw cari kebenaran. Buli juga tu lambat2.

      From
      Tanakwagu Ranahon (Ranau)

      Delete
  7. Agama itu harus membumi. Dari teologi menuju aksi. Dari percakapan menuju tindakan. Justru di situlah ada dialog atau perjumpaan ruang hidup,” ungkapnya. Bahkan menurutnya, “Ulama atau orang yang dianggap penerus perjuangan Nabi adalah mereka yang peduli pada seluruh alam. Tidak umat atau komunitas sendiri saja. Tapi bagaimana menjaga bumi.” https://www.itsme.id/diskusi-kami-dengan-para-pemuda-nasrani/

    ReplyDelete
  8. Orang Yahudi dan Kristian tidaklah semua musuh kita sekarang. Yang musuh kita adalah Zionis, Evangalism, kapitalis dan bentuk fahaman yang tiada agama. Ada juga orang kristian berbuat baik Islam contohnya Pope Benedict XVI dan Pope Francis pernah melawat masjid di Turki. Dalam bulan 2, Presiden Perancis pernah melawat ke Zitouna Mosque kat Tunisia https://www.thenational.ae/world/europe/macron-faces-big-challenge-in-defining-islam-s-place-in-france-1.703978.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon