Friday, November 20, 2015

Bagaimana Menyangkal Tuduhan Apabila Islam Dituduh Pengganas?


Pierre Vogel, seorang ulama muda yang berasal dari Jerman, memiliki cara tersendiri bagaimana untuk membantah tuduhan bahawa Islam adalah agama pengganas.

Pierre Vogel

Ulama mu’alaf yang bersyahadat pada tahun 2001 itu, membantah lawan dengan jawapan yang mudah, logik dan amat mengena hingga mampu membuatkan mulut musuh bungkam tak terkata-kata.

Dalam sebuah ceramahnya, dia menyampaikan bagaimana caranya menyangkal tuduhan itu. Ketika Islam dituduh sebagai agama pengganas, anda tanyakan semula:

1. Siapa yang memulakan perang dunia pertama?

2. Siapa yang memulakan perang dunia kedua?

3. Siapa yang selalu menjajah sebuah negara yang aman damai serta tenteram hanya untuk kepentingan perluasan wilayah?

4. Siapa yang menyebarkan agama dengan cara menjajahnya terlebih dahulu?

5. Siapa yang menjatuhkan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki dengan sangat keji, tidak berperikemanusiaan dan mengorbankan ratusan ribu nyawa rakyat awam?

6. Siapa yang membunuh 20 juta suku Aborigin di Australia?

7. Siapa yang membunuh lebih dari 2 hingga 18 juta orang suku kaum Red Indian di Benua Amerika Utara?

8. Siapa yang membunuh lebih dari 50 juta suku kaum Red Indian di benua Amerika Selatan?

9. Siapa yang menjadikan lebih dari 150 juta manusia dari Afrika sebagai hamba (apartheid). Dikatakan, 77% dari mereka mati ketika di dalam perjalanan dan dikubur di lautan Atlantik?

10. Siapa yang selalu berusaha secara berterusan untuk menguasai serta “merampas” minyak sesebuah negara dengan cara melaga-lagakan negara tersebut, membiayai pembangkang, menyebar fitnah kononnya ada bom, menyebabkan negara tersebut kucar-kacir serta menghantar tentera untuk melakukan pembunuhan, pemerkosaan, pengeboman dan banyak lagi perkara keji dan kejam?

11. Siapa yang menubuhkan (IMF/TPPA) yang menyebabkan negara yang terlibat menjadi tambah sengsara dengan sistem kejinya?

12. Siapa pelaku dan pendukung penjajahan, perampasan negara, pembantaian warga Palestin dari tahun 1948 hingga sekarang?

13. Siapa pelaku dan pendukung krisis dibeberapa negara dengan cara menaikkan nilai dolar (dengan cara licik) menjadi tinggi hingga negara tersebut tidak mampu membayar hutang dolar dan harus menjual pelbagai asetnya?

14. Siapa pelaku yang selalu menghina dan melecehkan sebuah ajaran agama baik dengan menghina tokoh agamanya atau membakar kitabnya?

JAWAPANNYA

Mereka sama sekali bukan negara Islam mahupun orang Islam.

Itulah antara hanya sebahagian dari kejahatan pengganas sebenar dunia.

Bukalah mata hati anda, dan fahami siapa sesungguhnya PENGGANAS di dunia kita ini!

BACA INI JUGA: Agenda Keji WSJ Dan Fitnah Yang Tersusun

Sumber: Peribadirasulullah

2 comments

  1. Sangat bersetuju.. Merekalah pengganas yang sebenarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengganas yang menuduh agama lain sebagai pengganas..memang ganas sejak azali diorang ni..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon