Aplikasi YBK Peduli! membolehkan orang awam melapor kes-kes kemiskinan secara pantas di samping mengesahkan maklumat kes yang dilaporkan oleh pengguna lain untuk tindakan lanjut.
Aplikasi ini bertindak sebagai platform untuk pihak-pihak berkepentingan berkongsi maklumat kes-kes kemiskinan di samping memudahkan koordinasi penyaluran sumbangan.
Di samping itu, aplikasi ini turut menyediakan fungsi 'Derma Online' bagi memudahkan pengguna menderma dalam bentuk wang kepada YBK bagi disalurkan kepada kes-kes terpilih.
Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), yang bertanggungjawab mewujudkan aplikasi dalam talian dikenali sebagai YBK Peduli! sebagai platform kepada orang ramai untuk melaporkan serta menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan.
Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, aplikasi dalam talian itu akan memudahkan proses aduan dan derma serta bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk membantu golongan miskin.
“Aplikasi ini bertindak sebagai pengantara dari segi penyaluran maklumat serta bantuan di antara orang awam dengan mereka yang perlu dibantu.
“Melalui perkongsian data di aplikasi tersebut, ia juga membantu pihak berkuasa mengenal pasti mereka yang memerlukan agar koordinasi pemberian bantuan dapat dilakukan dengan lebih efisien,” katanya.
Menurut kenyataan itu, aplikasi YBK Peduli! boleh dimuat turunkan oleh pengguna-pengguna telefon IPhone dan juga Android.
Orang ramai hanya perlu melaporkan melalui aplikasi tersebut apabila mengesan gologan yang perlu dibantu dan laporan itu serta-merta dapat dicapai oleh mereka yang turut memuat turunkan aplikasi tersebut.
“Ini membolehkan pihak berkuasa pantas mengambil tindakan yang sewajarnya serta orang awam menyalurkan sendiri bantuan kewangan secara dalam talian melalui gerbang pembayaran yang telah dikenal pasti,” kata Zainal.
Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi YBK Peduli! boleh menghubungi talian 03-78450036, 03-78450037 atau emel kepada asuad@ybk.org.my.
BACA INI JUGA: Kontraktor Jambatan Syurga Dan Neraka
Sumber: Mynewshub.cc

Org ramai je ke..baitulmal..pusat zakat buat ape takde siapa ble buatkan aplikasi?
ReplyDeleteYang lain terlalu sibuk dengan hal masing-masing kot..
Deletesemoga bermanfaat buat semua kan SP :)
ReplyDeleteSemoga dapat membantu golongan yang benar-benar memerlukan..
Deletepasti aplikasi online ini memudahkan bantuan disalurkan terus kepada golongan sasar yang memerlukan bantuan..
ReplyDeleteSemoga ianya benar2 digunakan dan bukan sekadar war-war pada permulaannya sahaja. Banyak manfaat jika ianya berfungsi dengan baik.
ReplyDelete