Friday, October 02, 2015

Kisah Inspirasi Seorang Mualaf Yang Perlu Dicontohi


Kisah seorang mualaf bernama Amran ini pasti membuatkan ramai orang terpukau dan tersentuh dengan kesungguhan serta minatnya yang mendalam tentang agama Islam.

Chandran - Mualaf

Menerusi pautan gambar dikongsikan seorang pengguna Facebook menggunakan akaun nama Abu Hannah, dia menceritakan pengalamannya ketika bertemu Azman yang baru sahaja menjadi ‘keluarga kita’ enam bulan lepas.

Azman diberi dugaan besar, namun dia tetap cekal serta tabah mengharunginya tanpa merungut dan menyalahkan Tuhan tatkala waktu dia susah.

Ikuti kisah Azman beserta liku-liku kehidupannya sebagai seorang mualaf selain amalan mulia yang ditunjukkan oleh saudara Abu Hannah ketika membantunya agar dapat dijadikan contoh kepada kita semua.

Kenalkan. Ini Azman. Saudara baru kita. Nama asalnya Chandran. Umurnya 37 tahun. Berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dia baru 6 bulan memeluk Islam. Aku terjumpa dia beberapa hari lepas di Masjid Kota Warisan, Salak Tinggi, Selangor.

Kali pertama dia melafazkan kalimah agung yang tiada lautan dan gunung pun sanggup tampung, 6 bulan lepas di Jabatan Agama Islam Kuala Langat.

Itulah kalimah “Bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah.”

Chandran - Mualaf [2]

Sewaktu berwuduk, aku nampak seorang lelaki seakan memerhatikan aku berwuduk. Setiap satu-satu perbuatan aku ditelitinya. Selesai berwuduk sewaktu berdoa, dia menyapa.

“Assalamualaikum,” sapa azman.

“Wa’alaikumussalam….” jawab aku sambil menghulurkan tangan.

“Abang orang luar kawasan ya?” tanya Azman.

“Ya encik, kenapa yer?” tanyaku lagi.

“Takde ape, cuma boleh tak kita solat bersama? Sebenanya saya mualaf. Saya terlewat solat sebab saya lambat sampai ke masjid. Saya pergi mencari kerja tadi,” jelas azman.

“Oooo… boleh cik Azman,” jawabku sambil memeluk Azman.

Selesai solat Azman terus menuju ke penjuru masjid sambil membaca sebuah buku. Agak kuat bacaannya.

Tergerak hati aku untuk menyapa.

“Buat apa tu?” sapa aku.

“Hafal surah Al-Kautsar abang,” jawab Azman sambil tersengeh seakan segan.

“Dah hafal?” tanya aku sambil mengambil terjemahan itu dari tangannya.

“Dah, tapi belum lancar abang,” jawab Azman sedikit hairan dengan tindakanku.

“Ok, baca, saya nak dengar,” pintaku sambil menepuk sedikit bahunya.

Azman pun baca. Demi Allah… Sedap suara Azman, kawan. Bergenang air mata aku. Walaupun merangkak dan perlahan, aku nampak kesungguhan usahanya.

Aku tahu. Allah sedang menghantar mualaf untuk mengingatkan aku. Agar jangan berputus asa mengulang hafalanku.

“Ok ker abang?” tanya Azman.

“Alhamdulilah Azman. Allah kurniakan suara tuan merdu. Insya Allah akan dipermudahlan,” jawabku.

Tiba-tiba azman bertanya.

“Abang, saya ni takde kerja. Baru 6 bulan masuk Islam. Segan saya ‘makan’ duit zakat RM500 tu. Walhal Allah bagi saya kesihatan yang baik. Abang tahu tak kat mana ada kerja kosong? Saya tak kisah berapa gajinya,” tanya azman.

“Kerja dengan saya. Boleh? Tapi bukan di sini,” jawabku ringkas.

“Saya tiada kenderaan abang,” jawab Azman seakan kecewa sambil menundukkan mukanya.

“Tidur di pejabat saya. Sampai kamu mampu sewa sendiri,” jawabku sambil mengurut bahu Azman bagi melegakannya.

“Bila abang?” tiba-tiba kuat suaranya.

“Sekarang, jom kemaskan baju kamu,” jawabku ringkas.

Petang itu kami berdua bergerak ke pejabat kecilku. Dan alhamdulilah malam tadi aku ditemani isteri aku menghantar tilam dan sedikit makanan.

Azman tidak mahu terima sesen pun duit yang aku beri. Jadi aku gantikan dengan sedikit kelengkapan peribadinya.

Dia pesan pada aku, apa dia nak jawab pada Allah sebab meminta pada manusia?

Kawan… Dia beritahu aku, 6 bulan ini waktu paling mencabar bagi dirinya. Tidur di masjid-masjid. Tidur di surau stesen petrol. Dia baru bersunat. Dan ada dah bekalkan epsom salt untuk dia cuci bahagian yang luka.

Sampai hari ini dah 2 hari dia bekerja.

Aku nampak kesungguhannya. Katanya, kalau inilah agama. Semangat bantu sesama manusia. Dia rela mati kerana agama.

Setiap hari aku sebak bila ke tempat kerja. Masuk kerja aku akan dengar dalam pejabat mini aku suara seorang manusia mengaji surah yang sama ulang kali.

Satu minggu satu surah, dia akan tasmik dengan aku.

Kau nak tahu pasal Azman ni yang menarik? Aku tak pernah dengar langsung keluhan dia. Atau dia menyalahkan Tuhan tatkala dia susah.

Allah bukan hantar aku untuk ajar Azman tentang Islam. Tapi Allah hantar Azman pada aku untuk ingatkan aku tentang Islam.

018 2477483 ini nombor telefon bimbit Azman. Dia tiada FB. Smartphone jauh sekali. Sesiapa nak beri sokongan atau bantuan boleh berhubung dengannya.

Buat masa ni, dia diberi bantuan RM500 sebulan. Dan insya Allah gaji yang tak seberapa ni.

Dia pernah bekerja di sebuah kilang selama 14 tahun sebelum ni di Nilai sebagai boilerman.

Azman tak nal dedahkan masalah peribadinya. Orang tuanya tiada. Dia dibuang keluarga.

Dan sesiapa nak derma boleh terus bank in dalam akaunnya. CIMB Bank atas nama Chandran A/L Chinnakaruppan. Ni nombor akaunnya 7058771050.

Satu jer aku mintak, kawan-kawan kalau nak tolong dia jangan bagitau aku yang cerita kisahnya di FB. Sebab aku tak nak nampak dia rasa terhutang budi.

Hari ni Azman dah hafal 2 surah. Al Ikhlas dan Al Kautsar.

Kata Azman… Dia rasa menyesal dan rugi lambat kenal Islam.

Malu aku kawan… Aku betul-betul segan dengan Azman.

Sollu’ alannabii..

BACA INI JUGA: Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir?

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon