Auj Bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuhnya diwaktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s.
Dan ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal digunung.
Apabila merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya kedasar lautan untuk menangkap ikan, kemudian memanggangnya dengan kepanasan matahari.
Apabila dia marah atas sesuatu negeri, dia akan mengencing negeri tersebut sehingga penduduk dinegeri itu tenggelam didalam kencingnya.
Apabila Nabi Musa a.s. bersama kaumnya tersesat dikebun teh, Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa a.s. bersama kaumnya itu.
Auj datang untuk memeriksa lokasi Nabi Musa a.s. dan kaumnya, dia mendapati kedudukan mereka tidak jauh dari tempatnya.
Auj kemudian mencabut gunung disekitarya dan diletakkan diatas kepala supaya mudah dicampakkan kepada Nabi Musa a.s. dan kaumnya itu.
Namun, sebelum sempat Auj mencampakkan gunung yang dijunjung diatas kepalanya, Allah telah mengutuskan burung hud-hud yang membawa batu berlian dan meletakkannya diatas gunung yang dijunjung oleh Auj.
Dengan kuasa Allah, berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung Auj sehingga sampai ke tengkuknya.
Auj yang tidak sanggup menghilangkan berlian itu akhirnya binasa disebabkan batu berlian tersebut.
Dikatakan bahawa, ketinggian Nabi Musa a.s. adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta.
Nabi Musa memukulkan tongkatnya kepada Auj dan tepat mengenai mata dan kakinya.
Ketika itu jatuhlah Auj dengan izin Allah SWT dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.
BACA INI JUGA: Apa Istimewanya Burung Hud-hud Sehingga Disebut Dalam Al-Qur'an?
-SENTIASAPANAS.COM