Kebanyakan terminal ini ditinggalkan kerana pembinaan lapangan terbang baru atau musnah akibat peperangan. Bagaimanapun, kawasan terminal yang sentiasa sibuk dengan manusia ini akhirnya sunyi sepi.
Lapangan terbang ini dahulunya menjadi hab aktiviti manusia dengan beribu-ribu penumpang teruja untuk menaiki penerbangan sama ada mahu bercuti atau bekerja.
Selepas bertahun-tahun terbiar, pemandangan beberapa lapangan terbang ini sangat menyeramkan sehingga digelar lapangan terbang berhantu.
Di sini disenaraikan beberapa lapangan terbang paling menyeramkan di dunia yang sangat jarang dilihat sebelum ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Nicosia
Cyprus
Lapangan terbang ini tidak menerima penerbangan pesawat komersial sejak 1977 iaitu tiga tahun selepas rampasan kuasa dan serangan tentera Turki.
Pertempuran sengit berlaku di lapangan terbang yang berada dalam zon penampan yang dikawal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memisahkan kedua-dua pihak bertelagah selepas gencatan senjata dimeterai.
Lapangan terbang itu masih digunakan oleh PBB sehingga kini, tetapi bangunan terminal mengalami kerosakan teruk.
Sebuah pesawat usang ditinggalkan di landasan dan tempat duduk di terminal dipenuhi debu tebal.
Siling di bangunan itu juga mereput dan dawai berduri dipasang di sekeliling kawasan terminal.
Lapangan Terbang Antarabangsa Ellinikon
Athens, Greece
Lapangan terbang lama Athens ini antara terminal paling seram di dunia dan pernah menjadi pusat utama bandar itu selama 60 tahun.
Ia dirampas oleh tentera Nazi dan digunakan sebagai pangkalan udara ketika Perang Dunia Kedua.
Lapangan terbang ini ditutup pada 2001 apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Athens yang baru dibuka.
Pada 2004, lapangan terbang itu diubah suai menjadi tempat berlangsungnya beberapa acara Sukan Olimpik termasuk hoki dan besbol.
Lapangan Terbang Antarabangsa Yasser Arafat
Gaza, Palestin
Lapangan terbang ini adalah kebanggaan penduduk Palestin tetapi musnah akibat peperangan sebelum ditinggalkan.
Ia direka oleh arkitek dari Maghribi dan dibina di selatan bandar Rafah pada 1998 dengan wang jutaan dolar daripada dana asing.
Lapangan terbang ini dibuka oleh bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.
Tiga tahun kemudian ia ditutup selepas tentera Israel mengebom menara kawalan dan stesen radar, sebelum memusnahkan landasan dan terminal.
Lapangan Terbang Floyd Bennett Field
New York, Amerika Syarikat
Lapangan terbang pertama New York ini dibina di Marine Park di Brooklyn dan dibuka secara rasmi pada 1931.
Ia kemudian diubah suai menjadi Pangkalan Udara Tentera Laut Amerika Syarikat pada 1941.
Kini ia menjadi kawasan rekreasi negara yang ditadbir oleh Perkhidmatan Taman Negara.
Ia juga menjadi pangkalan helikopter Jabatan Polis New York, program perkhemahan bandar dan projek pemulihan pesawat bersejarah.
Lapangan Terbang Tempelhof
Berlin, Jerman
Walaupun bangunan terminal kosong dan terbiar tetapi kawasan landasan digunakan oleh penduduk tempatan sebagai tempat beriadah.
Tujuh tahun selepas operasi lapangan terbang ini dihentikan, kawasan landasan dijadikan taman awam untuk penduduk berbasikal dan berlari.
Ia juga menjadi lokasi beberapa acara bertaraf antarabangsa dan terbaru, satu pameran pertanian dirancang diadakan di sini pada 2017.
Lapangan Terbang Jaisalmer
India
Terminal baru yang dibina di ‘Bandar Emas’ India ini mampu menampung ratusan ribu pelancong setahun tetapi ia tidak pernah menerima kedatangan seorang penumpang pun.
Sejak siap dibina sekitar tiga tahun lalu dengan kos hampir £11 juta (RM72 juta), terminal Jaisalmer yang terletak di barat laut negeri Rajasthan, masih ditutup dan mula menunjukkan tanda pereputan.
Kerana terbiar terlalu lama, kerusi di ruang menunggu diliputi debu tebal dan permukaan dinding semakin kotor.
Sarang burung merpati di atas bumbung dan tulang haiwan yang mati bertaburan di pintu masuk.
Lapangan terbang ini mempunyai ruangan untuk meletakkan tiga pesawat 180 tempat duduk.
Bagaimanapun, ia tidak mendapat sambutan syarikat penerbangan sekali gus menyerlahkan kegagalan kerajaan mengambil kesempatan peningkatan permintaan perjalanan udara.
Lapangan Terbang Ciudad Real Central
Sepanyol
Hanya menerima satu bidaan dengan harga 10,000 euro (RM48,000) ketika lapangan terbang ini dilelong pada awal tahun ini.
Bagaimanapun, bidaan oleh syarikat Tzaneen International itu tidak segera diterima kerana mahkamah berasakan ia terlalu rendah dan menunggu tawaran yang lebih tinggi.
Memiliki antara landasan terpanjang di Eropah, lapangan terbang itu dibina dengan kos 1 bilion euro (RM4.75 bilion) ketika era kegemilangan di Sepanyol.
Namun, ia menjadi simbol pembaziran apabila ditutup pada 2012, empat tahun selepas dibuka.
Ia pernah digunakan oleh syarikat penerbangan tambang murah Ryanair dan Vueling Airlines.
Lapangan terbang itu bakal menjadi pusat kargo China jika ia dibeli oleh Tzaneen International.
BACA INI JUGA: 10 Kehilangan Pesawat Udara Yang Menggempar Dunia
Sumber: Hmetro.com.my

pembaziran yang tak terkata apabila lapangan terbang yang begitu canggih dan besar tetapi tidak digunakan sebaik mungkin..kecuali lapangan terbang di Palestin kerana musnah akibat kedengkian pihak tertentu.
ReplyDelete