Monday, October 12, 2015

6 Kemalangan Jatuh Dari Udara Paling Luarbiasa Pernah Terjadi


Jatuh dari sebarang tempat yang tinggi sudah cukup untuk menyebabkan kecederaan dan meragut nyawa, tapi bagaimana pula jika terjatuh dari atas awan?

James Boole
Jatuh dari ketinggian 6,000 kaki

James Boole

Merupakan seorang penerjun profesional yang telah melakukan lebih 2,000 terjunan, pada tahun 2009, James sedang melakukan penggambaran dokumentari bersama seorang lagi penerjun udara di Gunung Kamchatka, Rusia.

Kerana terlalu khusyuk merakam, James hanya sedar dia semakin dekat dengan dataran sewaktu berada pada jarak 20 meter. Dia segera membuka payung terjunnya namun sudah terlambat.

Impak hentakan kuat tubuhnya telah membuat lubang sedalam satu meter dalam salji tebal. James pitam akibat jatuhan tersebut dan segera dikejarkan ke hospital.

Dia mengalami kecederaan parah, tulang belakang dan rusuknya patah. Paru-parunya juga cedera.

Namun, James berjaya pulih sepenuhnya dan tetap meneruskan kerjayanya sebagai seorang penerjun udara profesional.

Shayna Richardson
Jatuh dari ketinggian 10,000 kaki

Shayna Richardson

Shayna merupakan seorang penerjun udara amatur yang mengambil kursus terjunan udara yang dikendalikan oleh kekasihnya, Rick West.

Pada Oktober 2005, Shayna bersedia untuk melakukan terjunan solo pertamanya dari ketinggian 10 ribu kaki dengan kelajuan 80 kilometer sejam.

Malang menimpa apabila payung terjunnya mengalami masalah dan tidak boleh dibuka. Payung kecemasan juga tidak berfungsi menyebabkan Shayna berpusing-pusing di udara sebelum jatuh tersembam di atas permukaan jalan bertar.

Dia dikejarkan ke hospital dan doktor mengesahkan Shayna mengalami keretakan otak dan juga tulang pelvis.

Shayna selamat dari tragedi itu dan lebih memeranjatkan apabila mengetahui dia mengandung ketika kejadian itu berlaku.

Mujurlah bayi dalam kandungannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Juliane Diller
Jatuh dari ketinggian 10,000 kaki

Juliane Diller

Malam krismas tahun 1971, Juliane dan ibunya menaiki penerbangan LANSA 508 merentasi kawasan Peru.

Malangnya, ribut kencang yang melanda menyebabkan kapal terbang mereka terbelah dua diudara. Tragedi itu menyebabkan Juliane jatuh menjunam daripada ketinggian 10 ribu kaki.

Bagaimanapun, Juliane bernasib baik kerana dia masih terlekat dikerusinya. Dia hanya patah tulang selangka, luka dilengan dan mata.

Selepas mendarat, Juliane segera melepaskan diri dari kerusi sebelum berjalan mencari bantuan. Dia berjalan mengikut aliran anak sungai selama sepuluh hari sebelum akhirnya menemui sebuah bot kosong.

Juliane tinggal di dalam bot tersebut selama lebih kurang 10 jam sebelum dia ditemui dan diselamatkan.

Micheal Holmes
Jatuh dari ketinggian 15,000 kaki

Micheal Holmes

Micheal merupakan seorang tenaga pengajar terjun udara. Pada Disember 2006, Micheal melakukan terjunan rutin apabila kejadian yang tidak disangka-sangka menimpa dirinya.

Sewaktu berada dikelajuan 160 kilometer sejam, Micheal menyedari payung terjunnya bermasalah dan gagal berfungsi.

Tubuhnya melayang-layang diudara dari ketinggian 15 ribu kaki sebelum mendarat diatas pokok beri. Micheal hanya mengalami kecederaan paru-paru dan retak buku lali kaki.

Dia mungkin tidak akan selamat jika tidak kerana pokok beri hitam yang membantu menampung hentakan tubuhnya.

Lebih menarik sewaktu terjunan tersebut, Micheal merakam semuanya dalam perakam video yang dipakai dikepalanya.

Salah satu momen menarik apabila Micheal merasakan dirinya tidak mungkin selamat daripada terjunan itu dan dia berkata, "Matilah aku, bye.."

Steve Fosset
Jatuh dari ketinggian 22,000 kaki

Steve Fosset

Steve Fosset terkenal kerana berjaya menjadi orang pertama yang menjelajah seluruh dunia dengan menaiki belon panas. Tetapi, Steve juga pernah terselamat apabila jatuh dari ketinggian 22 ribu kaki tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pada tahun 1998, Steve melancarkan misi menjelajah dunia menaiki belon panas secara solo buat kali keempat. Dia telah berjaya menjalani hampir 60 peratus daripada misi penjelajahan itu sebelum bertindak ingin melawan ribut kuat diperairan pasifik.

Ribut dan hujan batu yang melanda menyebabkan belon panas Steve koyak sebelum menghumban dirinya dari ketinggian 22 ribu kaki ke dalam lautan yang bergelora. Impak kuat menyebabkan Steve hanya mampu berserah kepada takdir.

Ajaibnya, Steve berjaya mendarat didalam lautan tanpa sebarang kecederaan. Dia menyelamatkan diri dengan duduk diatas rakit keselamatan dikelilingi ombak besar dan ikan jerung sebelum diselamatkan 10 jam kemudian.

Vesna Vulovic
Jatuh dari ketinggian 33,000 kaki

Vesna Vulovic

Tanggal 26 Januari 1972, sebuah pesawat penerbangan Yugoslavia, DC-9-32 berlepas dari Belgrade ke Copenhagen, Denmark dengan membawa 28 penumpang dan krew kapal.

Ketika mencapai ketinggian 33,000 kaki, secara tiba-tiba pesawat itu meletup dan terhempas di kawasan pergunungan. Kesemua penumpang dan anak kapal terbunuh, kecuali Vesna Vulovic.

Vulovic yang pada ketika itu berusia 22 tahun adalah pramugari di dalam pesawat tersebut. Dia sepatutnya tidak mengikuti penerbangan itu, namun disebabkan kesilapan teknikal, dia terpaksa menggantikan seorang lagi krew wanita lain yang juga bernama Vesna.

Selepas kejadian itu, Vulovic terpaksa menjalani rawatan selama beberapa bulan di hospital. Pasukan perubatan turut melakukan beberapa siri pembedahan bagi membolehkan kedua-dua belah kakinya berfungsi semula.

Dia juga turut dianugerahkan pingat kebesaran daripada kerajaan Yugoslavia dan namanya turut tercatat di dalam buku Guinness Book of Record sebagai manusia yang masih hidup selepas terjatuh pada ketinggian yang paling tinggi. (Baca kisahnya disini)

BACA INI JUGA: Tragedi Charkhi Dadri, Nahas Udara Paling Dahsyat!

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon