Sunday, September 27, 2015

Wanita Kuat Seks 12 Tahun Lebih Muda?


Bercinta sememangnya memberikan banyak faedah kepada zahir dan batin. Begitu juga saat melakukan hubungan seks dengan pasangan dikatakan mampu menjadikan kulit bersinar hingga penampilan lebih cantik dan pesona.

Hubungan intim
Gambar hiasan.

Menurut Dr. Shannon Chavez, pakar psikologi klinikal dan terapi seks di London, Britain, wanita yang rajin bercinta memiliki kulit yang lebih lembab dan awet muda susulan aktiviti seks yang aktif dengan suaminya.

Ini kerana hasil persetubuhan mampu meningkatkan peredaran darah sekaligus membuatkan warna kulit tampak lebih cerah dan bersinar dibandingkan isteri yang amat jarang melakukan jimak dengan pasangannya.

“Peredaran darah yang lancar akan melepaskan racun dari tubuh ketika bercinta, adalah baik pada kecantikan kulit anda. Itulah alasan ilmiah kenapa kulit wanita lebih kenyal, bersinar dan awet muda,” jelasnya.

Pernyataan Dr. Chavez ini ada kaitan dengan hasil kajian dilakukan Royal Edinburgh Hospital di Scotland terhadap pasangan berusia lanjut yang didapati masih aktif secara seksual di atas ranjang asmara.

Ia melibatkan mereka yang bersetubuh empat kali dalam seminggu bersama dengan pasangan masing-masing dan hasilnya didapati memiliki keadaan kulit 12 tahun lebih muda berbanding usia mereka yang sebenarnya.

Penyelidik merumuskan bahawa hormon yang tercipta ketika hubungan seks, seperti testosterone dan oestrogen, membuatkan tubuh mereka menjadi lebih kuat dan mempengaruhi seri pesona kulit.

Secara umumnya golongan wanita berkahwin pasti faham banyak manfaat hormon oestrogen dalam menghasilkan kulit yang cukup lembut dan rambut menjadi lebih bercahaya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon