Tuesday, September 15, 2015

Topeng Muka ‘Pembedahan’ Tidak Sesuai Untuk Jerebu


Pastinya semua sudah mengetahui, negara kita sedang dilanda jerebu yang nampaknya semakin hari semakin teruk.

Surgical mask

Malah, semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup hari ini ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang kian menghampiri 200.

Berdasarkan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, kawasan yang mencatat bacaan IPU paling tidak sihat setakat 11 pagi ini adalah Ipoh, Perak iaitu 189, diikuti Kuantan, Pahang (184), Kemaman, Terengganu (183) serta beberapa kawasan lain termasuk Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (178) serta Nilai, Negeri Sembilan (170).

Susulan itu, mereka yang melakukan aktiviti luar termasuk ke tempat kerja disaran memakai topeng muka untuk menjaga kesihatan.

Namun, sedarkah anda topeng muka yang banyak dipakai oleh orang ramai di kala ini adalah tidak sesuai bagi melindungi daripada habuk jerebu yang terampai dalam udara.

Pekeliling Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Sepertimana yang anda lihat, penggunaan topeng muka yang biasanya digunakan dalam bilik pembedahan (surgical mask) dijadikan pilihan buat kebanyakan orang ramai, betul tak?

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di laman sesawangnya telah mengeluarkan ‘Garis Panduan Jerebu Di Tempat Kerja’ yang menyatakan, penutup muka dan hidung yang paling sesuai untuk aktiviti luar bagi pekerja dan orang ramai adalah jenis respirator N95 dan bukannya topeng muka pembedahan.

Ini kerana menurut panduan tersebut, alat pernafasan N95 mampu menapis kira-kira 95 peratus daripada zarah atau jerebu halus yang berada di udara, selain ia lebih selesa untuk pernafasan.

N95
Alat pernafasan N95.

Menurut pakar kesihatan, surgical mask yang dipakai orang ramai sewaktu ini hanyalah sekadar menghalang partikel besar zarah halus jerebu dari masuk ke salur pernafasan, atau dalam kata lainnya hanya sesuai untuk menghalang pengguna daripada menyebarkan virus atau bakteria kepada orang sekeliling sahaja.

Berbanding N95, saluran pernafasan ditapis dengan menuras bahan elastik yang terdapat di dalamnya sekaligus memastikan hampir semua jenis partikel ditapis sebelum memasuki rongga pernafasan,

Dalam garis panduan yang dikeluarkan, majikan juga diingatkan supaya memastikan stok alat pernafasan yang mencukupi dibekalkan kepada para pekerja.

Meskipun orang ramai disaran memakai topeng muka yang betul, apa yang menimbulkan persoalan adalah di manakah topeng muka N95 ini boleh dibeli?

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub.cc

3 comments

  1. alahai mana pula nak cari topeng lagu tuu SP :(

    ReplyDelete
  2. Sebelum ni sy guna yang pembedahan tu punya tp ada dapat maklumat dari org yang jual tu dia tanya untuk apa?saya jawab untuk keluar dan jerebu jadi dia syorkan yang betul betul untuk jerebu..penjual perlu juga memberi maklumat dan bertanya,atau paling tidak.letakkan pemberitahuan kan SP hehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon