Apabila disebut hal berpoligami, perkara pertama yang pasti dibangkitkan ialah soal kemampuan harta dan wang ringgit. Poligami dianggap hanya hak bagi mereka yang kaya raya.
Ramai lelaki yang mendayungkan hasrat mahu berpoligami, akhirnya terpaksa berpatah balik disebabkan masalah itu.
Kisah kehidupan Rosdi Yusof, 48, dengan tiga isterinya, Suriawati Awang, 39; Mazni Yaacob, 38, dan Azwanaliza Mohd Rawi, 35, jadi contoh betapa kekayaan harta dan wang ringgit bukanlah syarat utama yang yang mesti dipenuhi untuk berpoligami.
Rosdi lelaki biasa, orang kampung yang hidup sederhana. Yang menjadikannya luar biasa ialah kemampuannya memimpin sebuah keluarga besar, seorang ayah, tiga ibu dan 12 anak - dengan bahagia, cukup segala keperluan.
Lebih luar biasa lagi, kesemua mereka tinggal sebumbung. Tertarik dengan cerita yang didengar mengenainya, wartawan Sinar Harian berkunjung ke rumah Rosdi di Estet Bukit Abu, Dabong, Kuala Krai, Kelantan, baru-baru ini.
Mujurlah ketika kunjungan itu, mereka berempat ada di rumah. Hujan malam sebelumnya menyebabkan mereka tidak keluar menoreh.
“Masuklah,” jemput isteri pertama Rosdi, Suriawati sambil mengajak ke ruang tengah rumah. Rupa-rupanya itu rumah Azwanaliza - isteri ketiga - sementara rumah Suriawati sendiri dan isteri kedua, Mazni, di kanan dan kiri. Kesemua rumah mereka bersambung di bawah satu bumbung.
Selepas dimaklumkan tujuan ketiga -tiga isteri Rosdi memberikan kerjasama cuma isteri ketiga segan untuk bergambar dan menolak dengan baik.
Suriawati nyata begitu peramah. Dia tidak lokek berkongsi cerita kebahagiaan rumah tangga yang dilayari bersama suami dan dua madunya.
Katanya, perasaan cemburu, iri hati harus diketepikan - meskipun pasti sukar pada mulanya - demi untuk mengecap bahagia kerana perasaan itulah yang selalunya mengkucarkacirkan kehidupan berumah tangga terutama bagi yang bermadu.
Sambil bercerita, sesekali dia memandang ke arah kedua-dua madu dan suaminya yang leka mendengar. Sambil melayan anak masing-masing, Mazni dan Azwanaliza sesekali mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Suriawati.
Cemburu
Ibu kepada empat anak ini mendirikan rumah tangga pada 1991 ketika berusia 15 tahun dan mula bermadu pada 1994 tatkala usianya 18 tahun.
Bayangkan dalam usia semuda itu, ketika kebanyakan wanita lain belum pun megecap hidup berumahtangga, Suriawati sudah punya pengalaman istimewa.
Mengimbas apa yang dilaluinya, Suriawati bercerita, ketika dia baru bersalin anak kedua, suami beritahu mahu berkahwin lagi.
“Siapa yang tak terkejut? Tambah pula dalam keadaan macam itu., abang minta nak kahwin lagi.”
Tetapi kata Suriawati, sebagai isteri yang seharusnya menghormati dan mentaati suami, juga kerana suaminya sendiri berterus terang akan hajatnya itu secara baik, dia berasa dirinya tidak punya sebab untuk membantah.
“Walaupun berasa payah nak sebut mulanya tetapi demi kebahagiaan suami, kak reda. Yang penting dia janji akan jaga kak dan anak-anak dengan baik seperti sedia kala,” katanya.
Bukan setakat bersetuju, Suriawati bahkan membuktikan kata-kata untuk terima madunya, Mazni yang ketika itu berusia 17 tahun seadanya.
Dia cuba untuk tidak melayan sebarang rasa curiga dan cemburu yang sememangnya sukar untuk dikikis.
“Kak tak mahu mengalah pada hasutan syaitan dan juga perasaan diri sendiri yang tidak baik. Kalau kita layan, sudah tentu hidup kita sendiri akan jadi huru-hara, jadi alang-alang sudah bersetuju, lebih baik kita berbaik sangka,” katanya.
Sejak itu, mereka terus tinggal sebumbung. Orang lain mungkin sukar untuk percaya tetapi hakikatnya, atas kebijaksanaan suami mengendalikan bahtera rumah tangga, mereka menjalani kehidupan bersama tanpa masalah.
Ketika Mazni bersalin, Suriawati bukan setakat menjaga makan minum suami dan anak-anak yang ketika itu masih kecil, malah turun menjaga madunya. Begitu juga ketika dia sendiri bersalin, Mazni menjaga segala keperluannya sepanjang tempoh berpantang selain menguruskan rumah tangga seperti biasa.
“Hubungan dan persefahaman yang baik menyebabkan kami tidak ada sebab untuk berbalah atau bermasam muka,” katanya.
2004, Rosdi sekali lagi menyuarakan hasrat mahu tambah isteri. Kali ini, Azwanaliza, 24 tahun. Sudah ada pengalaman dan persepsi positif terhadap kehidupan berpoligami, tidak jadi masalah bagi Suriawati dan Mazni untuk menerima kehadiran anggota baharu dalam keluarga mereka.
Biarpun hidup bermadu,ternyata keluarga ini memiliki sikap bertolak ansur, penyayang dan kerjasama yang tinggi. Jika ada yang sakit, madu yang sihat akan menjaga makan minum suami dan anak- anak.
Paling mengkagumkan, anak-anak Rosdi akan masuk ke rumah ibu tiri mereka untuk makan jika ibu masing-masing tidak memasak. Bagi mereka, tidak ada istilah ‘ibu tiri’ kerana yang mereka ada, tiga ibu dan seorang ayah.
Mereka juga kelihatan gembira bermain bersamaa di salah satu daripada tiga rumah ini. Mazni yang berasal dari Kuala Krai, dia telah sedia tahu Rosdi mempunyai isteri ketika lelaki itu melamarnya.
Katanya, kesediaan Suriawati untuk mereka berkahwin meyakinkan dirinya untuk menerima lamaran lelaki itu. Setelah lebih 18 tahun melayari kehidupan bermadu, dia tidak menyesal dengan keputusannya malah merasakan dirinya beruntung.
“Apabila bersalin, madu bantu ketika dalam pantang mereka uruskan suami dan anak-anak. Itulah kelebihannya hidup bermadu yang mungkin tidak ramai dapat melalui situasi ini,” katanya ibu kepada empat anak itu.
Pengakuan Suriawati dan Mazni nyata membuatkan Rosdi tersenyum bangga dapat mengetahui isi hati isteri-isterinya.
Anak kedua Rosdi, Nor Azniza,21, daripada isteri pertama turut menyatakan rasa bertuah mempunyai tiga wanita yang dipanggil umi, mak dan ibu kerana kasih sayang diterimanya melimpah ruah.
Gadis ini turut kagum dengan lelaki dipanggil abah kerana mampu membahagiakan keluarganya walaupun ramai beranggapan bapanya garang.
“Walaupun mempunyai tiga emak, Kak Ngah (panggilan dalam keluarga) sayangkan semuanya. Tidak ada istilah ibu tiri pada Kak Ngah,”katanya sambil memandang bapanya, ibu kandung dan ibu tiri yang berada di hadapannya.
Nor Azniza begitu menyanjungi bapanya kerana keadilannya dalam mencurahkan kasih sayang.
“Orang nampak abah macam garang tapi bagi kami, abah terlalu baik. Abah layan kami adik beradik sama rata. Itu yang membuatkan kami rapat dan mesra satu sama lain,” katanya yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya minggu lalu,
Menariknya cerita Nor Azniza, untuk majlis perkahwinannya, ibu tiri, Azwanaliza yang dipanggilnya ibu banyak membantunya membuat persiapan.
“Kak Ngah keluar dengan ibu untuk beli barang kahwin, ibu banyak idea,” katanya.
Di sebalik kebahagiaan dikecapi bersama dua ibu tiri dan 11 lagi adik beradiknya, dia tidak lepas dari pelbagai sindiran dan umpatan rakan-rakan.
Namun sindiran dan umpatan itu tidak diambil kisah dan dibiarkan bagai angin lalu kerana dia bahagia dengan kehidupannya berada dalam keluarga besar yang begitu harmoni.
Katanya, dia rapat dengan anak sulung Mazni yang kini berusia 18 tahun.
“Ke mana sahaja pergi pasti Abang Long (adiknya) temankan buat Kak Ngah perlu berkawan dengan orang luar,”katanya.
Di sekolah, guru-guru mengetahui latar belakang keluarga mereka termasuk hal adik beradik daripada ibu yang berlainan belajar di kelas yang sama.
“Wajah kami yang tidak sama membuatkan ramai yang bertanya setiap kali keluar bersama apabila Kak Ngah perkenalkan semuanya adik-adik Kak Ngah,”katanya.
Jujur
Bagi Rosdi, kejujuran adalah kunci yang membolehkan dia dan tiga isterinya hidup bahagia bersama 12 anak. Anak-anaknya berusia antara sembilan hingga 23 tahun.
Katanya, ramai yang tanya petua yang dia gunakan sebaik mengetahui dirinya beristeri tiga malah kesemuanya berhubungan baik dan tinggal sebumbung pula.
“Jujur itu penting. Hanya itu petua saya, tapi ramai tidak percaya,” katanya yang mengakui kemuncak kebahagiaannya ialah melihat melihat keakraban isteri- isteri dan anak-anaknya.”
Rosdi berkata, apabila dia membawa ketiga-tiga isterinya keluar bersama, selalunya ada yang bertanya siapa mereka.
“Saya berterus terang beritahu, mereka isteri-isteri saya. Bukan niat nak bangga diri tetapi itu salah satu cara saya mengeratkan hubungan malah cuba berlaku adil walaupun kasih sayang hakikatnya tidak boleh diukur dan disukat,” katanya.
Rosdi berkata, dia tidak mempunyai masalah dalam soal giliran.
Ada kalamya dia bergilir dua hari bagi setiap rumah isterinya adakalanya semalaman.
“Walaupun menggamalkan giliran, rumah bersebelahan menyebabkan saya balik ke rumah semua isteri setiap hari.
“Adakalanya saya bermalam rumah isteri pertama tetapi makan di rumah isteri kedua atau ketiga mengikut selera ketika itu.
"Isteri dah faham kehendak saya, jadi mereka tidak kisah,” katanya.
Ketiga-tiga isteri yang ada sama ketika itu hanya tersenyum mendengar kata-kata Rosdi.
Bapa kepada 14 anak ini ketika ditemu bual sempat memakkumkan, dia bakal mendapat rezeki lagi tahun ini.
Menurutnya,isteri keduanya sedang mengandung dan dijangka bersalin awal November dan disahkan kembar.
Walaupun mempunyai ramai anak, dia senang melayan kesemua anak-anaknya, bergurau dengan yang remaja, memanjakan yang masih kecil.
“Itulah penghilang letih kerja saya setiap hari.
“Saya marah jika mereka buat salah dan tetap menghukum mereka,”katanya.
Dari segi kewangan, Rosdi mengusahakan kebun getah di atas tanah seluas 30 ekar yang ditanam dengan getah dan pisang untuk menyara keluarga di samping berniaga alat ganti motosikal secara kecil-kecilan.
Berbalik kepada giliran balik kampung ketika Aidilfitri, Rosdi berkata dia dan isteri-isterinya tidak hadapi masalah kerana isterinya balik ke kampung masing-masing di Laloh, Kuala Krai dan Jerangau di Tanah Merah sementara dia sendiri beraya di Bukit Abu.
“Selepas beraya saya ambil isteri dari kampung atau kadang kala mereka balik sendiri ke Bukit Abu,”katanya.
Rosdi berhasrat agar kebahagiaan dimiliki kekal hingga akhir hayat.
BACA INI JUGA: Perkahwinan 'Sweet' Bayu Kumbara Dan Jennifer Bukti Cinta Tak Kenal Rupa
Sumber: SH
Rosdi bersama isteri kedua, Mazni dan isteri pertama, Suriawati dan anak-anak mereka.

asalam..nanti saya klik lagi membaca banyak di sini ada saja story kan SP jaga lah takkan tak panas kan hehe
ReplyDelete