Astaghfirullah Al 'Adzim Allazi Laa ilaha illahu wal Haiyul Qaiyum wa Atubu ilaih. Istighfar lazim disarankan oleh para ilmuan, ustaz, daie, bahkan Al-Qur'an dan Rasulullah SAW sendiri menganjurkan kita sentiasa beristighfar, perbanyakkan beristighfar.
Istighfar Yang Utama
‘Astaghfirullahal’adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaih’ (Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya).
Sabda Nabi s.a.w maksudnya, “Meskipun dosa-dosamu sebanyak buih dilautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bilangan bintang di alam semesta, Allah tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” [HR. at-Tirmidzi]
Kenapa Istighfar
Kerana Istighfar adalah suatu bentuk Taubat, iaitu perlakuan memohon keampunan kepada Allah Rabbul 'Alamin, Tuhan Sekelian Alam. Kerap dalam Al-Qur'an diseru kita manusia untuk kembali (memohon ampun) kepada Allah.
Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa antara intipati Al-Qur'an itu adalah seruan untuk memohon keaampunan dan kembali kepada Allah. Sememangnya kita PASTI akan kembali kepada Allah untuk perhitungan atas perlakuan kita di dunia ini..
Beruntunglah orang-orang yang dapat menagis kerana takutkan azab Allah.
Hikmah Istighfar
Sebaik-baiknya kita hendaklah benar-benar memahami maksud Istighfar itu terlebih dahulu. Suatu kalimah yang diajarkan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an sendiri perihal memohon ampun.
Kemudian barulah kita beramal dengannya secara alunan zikir Istighfar di setiap masa, walau apa pon yang kita sedang buat. Tidakkah kita suka andai kita mampu melihat gugurnya dosa-dosa dari diri kita tiap saat?
Taubat, Mohon Keampunan Allah dan Keselamatan dari AzabNya
Siapakah antara kita yang tidak berdosa? Sedangkan Rasulullah SAW sendiri (yang tidak berdosa) pun beristighfar memohon ampun tiap-tiap hari 100 kali.
Surah an-Nisaa ayat 106, "Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi" [Al Quran 4 : 106]
Surah Muhammad, ayat 19, "Dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan)." [Al Quran 47 : 19]
Surah An Nashr ayat 3, “Maka barangsiapa memuji Tuhanmu, dan memohon ampunan kepada-Nya, sungguh Dia Maha penerima Taubat.” (Al Quran 110 : 3]
Nabi s.a.w bersabda maksudnya, "Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" [Hadis Riwayat Al Hakim]
Mengharapkan Syurga Allah
Allah S.W.T menyeru kita memohon ampun, dan Dia berjanji akan mengampunkan dosa kita, maka apakah balasan yang akan Allah anugerahkan nanti setelah kita diampunkan - Syurga.
Surah Ali Imran ayat 135, "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." [Al Quran 3 : 135]
Surah Ali Imran ayat 136, Mereka itu balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.” [Al Quran 3 : 136]
Penolak Bala, Bencana dan Sebagai Penyelamat
Kerap dinyatakan oleh para ustaz, adanya golongan orang yang soleh, maka dengan doa-doa mereka setiap hari maka aman sejahteralah suatu kaum dan daerah tersebut.
Surah Anfaal ayat 33, "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun." [Al Quran 8 : 33]
Mohon Hajat Kepada Allah dan Sebagai Doa Mustajab
Diriwayatkan Saiyidina Ummar Al Khattab r.a. pernah berdoa hanya dengan berIstighfar, hingga para sahabat bertanya. Maka dijawabnya, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda berkenaan Istighfar mampu memenuhi hajat.
Surah Nuh, ayat 10, 11, 12, "Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun." [Al Quran 71 : 10]
"Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat," [Al Quran 71 : 11]
"Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." [Al Quran 71 : 12]
Istighfar menurunkan hujan kurniaan Allah
Hujan yang turun adalah hujan Rahmat yang memberi manfaat.
Surah Nuh, ayat 11, "Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat," [Al Quran 71 : 11]
Istighfar mendatangkan rezeki, harta, memperoleh zuriat.
Ini janji Allah...
Surah Nuh, ayat 12, "Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." [Al Quran 71 : 12]
Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Barang siapa memperbanyakkan Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga." [Hadis Riwayat Abu Dawud]
Dan banyak lagi kelebihan andai kita mampu melazimi berIstighfar secara tetap, seperti mampu untuk menghilangkan sifat gelisah dan mententeramkan hati, jiwa. Juga tidak akan terkena penyakit nyanyuk, menjauhkan syaitan dan kemungkaran.
Istighfar adalah suatu perkara BESAR, janji Allah menolong sesiapa sahaja hingga suatu kaum atau suatu daerah itu terselamat dari bencana, hanya kerana adanya golongan yang beristighfar.
Golongan ini adalah hamba-hamba Allah yang sentiasa memohon ampun kepada Allah (disetiap ketika), dengan asbab Istighfar mereka maka bencana yang 'sepatutnya diturunkan' (akibat perbuatan kemungkaran manusia lain) maka semua yang berada bersama di daerah itu terselamat (tetapi sangat sedikit mereka yang mengetahuinya).
Wallahu a'lam.
BACA INI JUGA: Kenapa Hati Manusia Tidak Tenang?
Sumber: Mindloading

asalm SP..terima kasih kira satu perkongsian ilmu yang harus di manfaatkan dengan amal selalu..
ReplyDelete