Minggu lepas, seorang pelayar laman sosial memuatnaik sebuah gambar yang menunjukkan sebuah produk Bata dan mendakwa kulit babi digunakan untuk produk tersebut.
Tuduhan itu dilemparkan oleh pelanggan tersebut ekoran kasut yang dibelinya mempunyai corak tiga bintik pada bahagian tapak kasut.
“Salam…nak share…please berhati-hati beli kasut…ini kasut yang anak beli di Bata…tak perasan…tapi bila diteliti…kulit dalam tu ada 3 bintik…pig skin (kulit babi).
“Nak pulangkan…bata tak terima sebab dah terpakai 1 kali. Just nak share…sila berhati-hati…beli beg atau kasut,” tulis seorang pengguna Facebook dalam entrinya pada 12 September lalu.
Status tersebut sekali gus menjadi viral hingga dikongsi lebih 11,o0o pelayar Facebook.
Susulan itu, Bata Malaysia menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis tampil memperjelaskan isu tersebut dan memberi jaminan sepenuhnya kepada semua pelanggan khususnya pengguna Islam.
Menurut Bata Malaysia, pihaknya mengesahkan bahawa produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut tidak mengandungi atau diperbuat daripada kulit babi seperti yang tersebar.
“Bata Malaysia mengamalkan sikap berhati-hati dalam memastikan semua koleksi kami tidak diperbuat daripada kulit babi demi menjaga sensitiviti terhadap semua pelanggan Islam kami.
“Kami begitu menghormati pelanggan Islam kami,” kata Bata Malaysia.
Mengulas mengenai corak tiga bintik yang didakwa kulit babi itu, Bata Malaysia mendakwa ia hanya salah faham dan kekeliruan terhadap corak yang direka oleh pengeluarnya.
“Ia hanya lapisan (corak) yang mengelirukan kita.
“Pihak pengedar kami telah dinasihatkan untuk tidak membuat reka bentuk yang kelihatan seperti ‘kulit babi’ yang jelas boleh memberi gambaran yang mengelirukan,” jelas Bata Malaysia.
Sementara itu, Bata Malaysia berharap penjelasan yang dibuat ini dapat menggembalikan kepercayaan semua pelanggannya khusus yang beragama Islam terhadap produk keluaran mereka.
Katanya lagi, bahan 'lining' yang digunakan untuk kasut yang didakwa menggunakan kulit babi sebenarnya menggunakan PU (polyurethane).
"Ia bukan bahan dari mana-mana haiwan termasuk babi," jelas perkongsian tersebut.
Selain itu, Bata juga tidak menyokong mana-mana kenyataan yang dibuat oleh mana-mana individu di media sosial atau sebaliknya.
"Bata akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang membuat kenyataan palsu mengenai produk kami dan menggunakan bahasa yang tidak sesuai. Terima kasih," akhiri Bata.
BACA INI JUGA: Kenapa Umat Islam Menyembelih Haiwan Sebelum Dimakan?
Sumber: Mynewshub/SinarOnline