Friday, September 04, 2015

Bala: Antara Ujian, Peringatan Dan Takdir


Allah menguji hambaNya untuk melihat siapakah yang bersikap benar dan sebaliknya. Ujian ini bukannya sia-sia bahkan bertujuan mengangkat darjat hambaNya agar keyakinan kepadaNya bertambah padu. Allah menguji hambaNya dalam dua bentuk, kepayahan dan kesenangan.

Bala Allah
Gambar hiasan.

Sebagai makhluk yang bersifat pelupa, maka ujian yang Allah berikan merupakan peringatan kepada hambaNya.

Kita wajar bersyukur apabila menerima ujian daripada Allah, kerana ia menunjukkan bahawa Allah masih lagi peduli kepada kita dan ia merupakan suatu bentuk kasih sayang Allah kepada hambaNya.

Peringatan daripada Yang Maha Pencipta datang mungkin kerana maksiat yang dilakukan oleh hambaNya. Atau mungkin kerana manusia telah melupai Allah dan meninggalkan segala suruhanNya.

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfudzh) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah.” (al-Hadid: 22 )

Ayat di atas menjelas bahawa segala yang berlaku adalah mengikut ketetapan Allah. Kita mengimani kepadaNya serta mengimani segala kalamNya yang terkandung dalam kitab al-Quran.

Di samping itu kita juga mengimani kepada ketentuan baik dan ketentuan buruk adalah takdir yang ditetapkan oleh Allah.

Oleh itu, kita perlu yakin bahawa setiap bala dan bencana yang berlaku adalah takdir daripada Allah. Dalam masa yang sama, kita perlu menghadapinya dengan bersabar dan tidak menyalahkan takdir.

Ayat berikutnya menerangkan cara agar kita menghadapi ujian dan bala dengan cara yang ditetapkan oleh Islam.

“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri” (al-Hadid: 23 )

Allah sedari awal lagi mengingatkan dan menggariskan kaedah menghadapi ujian kpayahan dan ujian kesenangan. Kita dituntut agar bersabar dan tidak terlalu beredih dengan bala dan terhadap apa yang hilang daripada kita.

Perkara ini kelihatan tersasar daripada sikap manusia hari ini yang menangis sambil meraung, berkabung dalam masa yang lama dan meninggalkan suruhan Allah apabila ditimpa musibah.

Islam tidak menghalang untuk bersedih di atas musibah yang menimpa diri, tetapi tidak boleh secara keterlaluan dan melampaui batas.

Bahkan Allah juga mengingatkan agar kita tidak terlalu gembira dan berbangga apabila dikurniakan nikmat daripadaNya.

Seringkali manusia berbangga diri di atas kejayaan dengan mengatakan bahawa kejayaan tersebut disebabkan usahanya yang gigih dan tekun tanpa meletakkan ketentuan daripada Yang Maha Memberi.

Manusia mudah kembali kepada Tuhannay apabila ditimpa musibah, tetapi ramai yang melupakan Tuhan bila mengecapi kesenangan dan kejayaan.

Sebagai orang yang beriman, kita perlu bersikap dengan hadis berikut dalam meenghadapi sebarang ujian;

“Sungguh mengagumkan perihal mukmin. Semua hal yang dialaminya adalah baik. Jika ia mendapatkan hal yang menyenagkan, ia bersyukur. Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya. Jika ia tertimpa hal yang menyakitkan, ia bersabar. Maka hal itu menjadi suatu kebaikan baginya. Sifat itu tidak dimiliki siapapun kecuali oleh seorang mukmin.”

Dalam merumuskan segala kejadian yang berlaku di sekitar kita dan terhadap diri sendiri, kita wajar kembali kepada keyakinan bahawa segalanya adalah ketetapan daripada Allah.

BACA INI JUGA: 5 Misteri Kejadian Paranormal Yang Sukar Diterima Akal

Sumber: Wmazmi

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon