Terma gulingkan kerajaan dengan mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli parlimen seolah-olah memperlihatkan usaha tersebut adalah salah di sisi undang-undang.
Pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, kebiasaannya menggulingkan kerajaan ini merujuk kepada tindakan atau usaha menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan senjata dan himpunan jalanan yang sama sekali bertentangan dengan undang-undang.
Katanya, sekiranya sesebuah kerajaan itu kehilangan kuasa memerintah disebabkan oleh kehilangan sokongan majoriti ia dipanggil pemindahan politik.
“Maknanya ia hilang sokongan majoriti dengan cara undi tidak percaya di Parlimen atau tanda tangan ahli parlimen pada akuan bersumpah sebagai tanda hilang kepercayaan kepada kerajaan sekarang.
“Ia perlu dirujuk kepada Perlembagaan dan undang-undang untuk menentukan sama ada ia sesuatu yang bertentangan,” katanya.
Nik Ahmad Kamal berkata, sekiranya akuan bersumpah itu salah di sisi undang-undang bagaimana pula dengan kes empat Adun PKR yang keluar dari parti sehingga menukar kerajaan Negeri Perak daripada PR kepada BN pada 2009.
“Sekiranya ia salah, maknanya apa yang berlaku di Perak selama ini adalah satu bentuk penggulingan kerajaan dan kesalahan?” soalnya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan wujud usaha terancang untuk menggulingkan kerajaan yang diketuai oleh seorang tokoh Umno.
Menurutnya, gerakan menumbangkan kerajaan menerusi pintu belakang itu giat dilakukan dengan mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli parlimen pembangkang selain menarik ahli parlimen BN.
Isu Guling kerajaan Hanya Alasan Cubaan Alih Perhatian
Pas akui tidak hairan dengan kemunculan teori yang mendakwa wujudnya konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, ia sebagai satu lagi usaha Umno dan Najib untuk menutup isu derma RM2.6 bilion yang kecoh baru-baru ini.
“Umno dan Perdana Menteri jelas kepanasan melihat penolakan rakyat terhadap pelbagai penjelasan mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau.
“Bukan sahaja rakyat tidak percaya, malah ahli Umno sendiri termasuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikaikan penjelasan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.
“Menimbulkan watak misteri ini adalah sebahagian ciri-ciri kepakaran Umno dalam mengalihkan perhatian rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat gerakan untuk mengguling kerajaan oleh pembangkang dan turut didalangi pemimpin BN termasuk Umno.
Beliau berkata, rancangan itu dijalankan dengan cara untuk mendapatkan akuan bersumpah daripada ahli Parlimen pembangkang, serta cuba menarik ahli Parlimen BN menyokong mereka bagi menumbangkan kerajaan sedia ada melalui 'jalan belakang'.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim meminta agar rakyat terus waspada dengan usaha Umno tersebut.
“Rakyat diminta terus berwaspada dan dialihkan pandangan daripada masalah sebenar yang melanda negara.
“Teruskan tekanan agar kebenaran akan keluar pada akhirnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga derma RM2.6 bilion yang telah menjejaskan keyakinan dunia terhadap ekonomi dan kepimpinan negara,” katanya.
Lulus usul minta PM letak jawatan
Pemuda Umno Bahagian Tampin sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin Sabtu lalu.
Usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah, 42, itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir.
Usul berkenaan memutuskan, “Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila.”
Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.
Azman berkata, usul tergempar berkenaan diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
BACA INI JUGA: Najib SAH Terima RM2.6 Bilion Ke Dalam Akaun Peribadi! Persoalannya Salah Atau Tidak?
Sumber: Sinarharian.com.my