Thursday, August 20, 2015

Terima RM1 Juta Perkara Biasa! Duit Parti Atau Peribadi? Baiknya Hati Najib


Shahrir mendakwa rakyat sudah menerima penjelasan kerajaan mengenai isu RM2.6 bilion dan turut menyindir pengamal media sosial sebagai syok sendiri dalam isu berkaitan.

RM1 Juta Dari Najib

Ramai yang sudah baca pendedahan Sarawak Report mengenai beberapa pemimpin Umno yang didakwa menerima wang dalam jumlah yang besar daripada Najib secara peribadi dan ini termasuk Shahrir sendiri yang membuat pengakuan.

Kita percaya Shahrir juga amat yakin yang rakyat turut menerima alasan bahawa pemberian wang seumpama itu merupakan satu perkara biasa.

"Kepada siapa lagi harus saya minta bantuan kewangan untuk perbelanjaan dalam mentadbir bahagian saya jika bukan dari presiden parti saya sendiri?" - juga dilapor oleh mStar.

Isu ini kemudiannya terus senyap, mungkin benar rakyat sudah menerima pemberian wang dari seorang PM, contohnya Najib dalam kes ini sebagai satu perkara biasa!

We don't know la... Pemberian RM1 JUTA dari akaun peribadi Najib sebagai PERKARA BIASA?

Turut dikaitkan adalah nama-nama seperti Mat Maslan dan Mas Ermieyanti walaupun mereka tidak memberi komen.

Kenapa tidak ada pihak yang mahu mendapatkan pengesahan dari mereka tentang dakwaan ini? Adakah kerana ia satu PERKARA BIASA?

Maaflah, kita tidak dapat menerima perkara seperti ini sebagai satu PERKARA BIASA. (PS - Isssh, jangan salah faham. Saya sebut ini dalam konteks POSITIF. Baca dulu seterusnya...)

Kalau menerima peruntukan dana kerajaan bagi pembangunan kawasan, ya, itu perkara biasa. Kalau menerima peruntukan dari Parti bagi tujuan sama, ya, itu juga satu perkara biasa.

Tapi BUKAN dari akaun peribadi pemimpin!

3 persoalan segera timbul.

Pertama, berapa ramai lagi yang pernah menerima wang dari akaun peribadi Najib? Kenapa mereka ini tidak mahu tampil membuat pengakuan? Adakah perlu tunggu pendedahan dari media seperti Sarawak Report baru mereka mahu mengaku?

Setakat 3 nama yang disebut (dan hanya 1 yang mengaku), BUKANlah satu perkara biasa. Siapa lagi?

Adalah lebih baik mereka tampil sendiri dan buat pengakuan sebelum nama-nama mereka didedahkan kerana kita percaya SR mempunyai senarai yang lebih panjang.

Kalau nak tunggu didedahkan baru nak mengaku, rakyat akan punya tanggapan negatif, seperti mereka ini rasa bersalah dan malu untuk tampil mengaku.

Jika dana itu bertujuan untuk pembangunan masyarakat, seharusnya mereka bangga kerana kerana punya inisiatif untuk bergerak mencari sumber dana selain dari peruntukan kerajaan dan/atau parti. Kenapa tak nak orang ramai tahu?

Akhir-akhir ni ramai yang buat perkara kebajikan secara senyap-senyap ek? Murninya hati...

Kedua, berapakah jumlah yang mereka semua terima jika perkara ini merupakan satu perkara biasa? Berapakah yang telah dibelanjakan dari poket peribadi Najib untuk perkara biasa ini? Kalau Shahrir seorang saja dapat RM1 juta begitu saja, WOW! Pasti berjuta-juta RM telah didermakan oleh Najib untuk rakyat.. TANPA diketahui!

Seharusnya mereka yang pernah menerima dana seperti itu daripada Najib tampil kerana pendedahan perkara ini pastinya akan membantu memperbaiki imej Najib yang semakin teruk tercalar ketika ini!

Kita tidak dapat menerima kenyataan seorang penderma yang sanggup mengeluarkan berjuta-juta RM dari simpanan peribadi demi membantu rakyat secara SENYAP seperti Najib mendapat kritikan negatif dari rakyat, INI TIDAK ADIL!

Najib seharusnya mendapat pujian yang melambung-lambung bukan saja dari rakyat Malaysia, malah dari seluruh dunia!

Tidak ada pemimpin lain di dunia seperti ini, pastinya cerita Perdana Menteri Malaysia yang menderma berjuta-juta RM secara senyap ini bakal menjadi bualan rakyat sedunia, malah bakal menjadi satu kisah teladan yang diturunkan antara satu generasi ke generasi yang lain! Tak bangga ke? (Macam cerita Khalifah Umar... gitu..)

Ketiga, kalau Najib sanggup bersedekah sebegitu banyak, berapa pula wang yang dimiliki beliau? Kemungkinan besar dana itu datangnya dari derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Najib dari seorang penderma billionaire yang juga tidak mahu dikenali.

Mustahil Najib punya simpanan berjuta-juta RM dan sanggup bersedekah pula berjuta-juta RM dengan pendapatan rasminya!

Nah! Inilah peluang terbaik untuk pemimpin-pemimpin Umno membantu menyelamatkan imej Najib. Mereka yang pernah menerima sumbangan dana dari akaun peribadi Najib seharusnya tampil beramai-ramai secara sukarela kerana ini akan menjawab sebahagian persoalan RM2.6 bilion itu. Ia bakal membuktikan bahawa dana itu sememangnya digunakan untuk pembangunan rakyat!

Apa yang nak dimalukan? Kan ia satu perkara biasa..

Saya jadi kesian pula kepada pemimpin-pemimpin yang mengatakan mereka tidak ada menerima sebarang dana dari akaun peribadi Najib seperti Muhyiddin, Shafie dan yang terbaru Anifah Aman...

BACA INI JUGA: Koleksi Lawak Isu #derma RM2.6 Bilion Najib

Sumber: Dinturtle

1 comment

  1. antara ahli politik yang saya kagumi di Malaysia ini adalah Shahrir Samad. saya tak sangka sebab duit, dia sanggup jadi pengampu Najib. sedih saya tengok dia ni.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon