Sunday, August 16, 2015

Tendang Kepala Sendiri 134 Kali Dalam Masa Seminit. Kau Mampu?


Tendang kepala 134 kali dalam masa seminit? Biar betul?! Susah nak brain benda ni. Ya, jangan tak percaya! Seorang remaja 19 tahun dari Nepal, Puskar Nepal baru-baru ini berjaya mencatat Guinness World Records terbaru iaitu 'Most kicks to the head in one minute'.

Puskar
Ini hasil 8 bulan punya training, jangan main-main.

Rasa macam kelakar tapi sebenarnya bukan senang nak buat. Cuba tengok gambar diatas ni, tak ke struggle nak tendang kepala sendiri!

Idea ini tercetus sejak tahun 2003 lagi apabila seorang lelaki dari Texas, USA bernama Michael Lloyd menendang kepalanya sebanyak 42 kali dalam 60 saat

Dan sejak itu, cabaran ini telah diadakan di seluruh dunia dari tahun ke tahun dan telah dipecahkan sebanyak lapan kali, yang paling baru oleh Joel Leindecker dari USA pada acara 'Guinness World Records Unleashed' di Los Angeles, California pada 2013. Joel mencapai jumlah 127 tendangan.

Persoalan yang mungkin ada dalam kepala ramai orang semestinya, "Macam mana dorang boleh tendang kepala sendiri? Hebat betul."

Bagi Puskar, dia mengaplikasi teknik tendangan selang seli sambil membongkokkan badan yang memerlukan fleksibiliti dan speed yang padu. Setelah berlatih SETIAP HARI selama 8 bulan, barulah Puskar dapat pecahkan rekod. Perghh!

Seorang saksi kepada Puskar memberitahu hakim dia begitu kagum pada kelajuan tendangan Puskar sehingga memaksanya memeriksa rakaman video dalam slow mo bagi memastikan yang Puskar betul-betul tendang kepalanya, atau dalam erti kata lain, tak main tipu.

Puskar_How

"Memecahkan rekod sentiasa menjadi impian saya sejak dari dulu lagi," kata Puskar Nepal.

"Saya mahu menyumbang sesuatu kepada rakyat miskin di kawasan luar bandar. Saya mahu semua orang dari seluruh dunia tahu mengenai saya. Memecahkan rekod sentiasa menjadi impian saya sejak dari dulu lagi."

"Saya selalu soal diri saya sendiri - adakah saya mampu dan layak menjadi pemegang rekod dunia? Jawapannya 'Sudah tentu!"

"Saya kini begitu ghairah dengan Guinness World Records dan saya berhasrat untuk melakar lebih daripada 100 rekod. Saya percaya koleksi rekod saya nanti akan membantu mempromosikan negara saya, tempat kelahiran Tuhan Gautam Buddha, kepada seluruh dunia."

"Saya ingin membuktikan bahawa orang-orang dari negara yang kecil dan miskin seperti Nepal juga boleh melakukan apa saja. Saya mahu menjadi inspirasi kepada rakyat negara saya," kata Puskar bersemangat.

"Manusia memang benar-benar hebat - mereka mampu menukar perkara-perkara luar biasa menjadi nyata."

Puskar_Nepal

Sekarang jom kita layan detik Puskar Nepal melakar rekod dunia!

BACA INI JUGA: Gurn, Pertandingan Muka Paling Hodoh Di Dunia!

Sumber: Says

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon