Friday, August 07, 2015

Sindiran Muhyiddin Kepada Pengampu, 'Saya Bukan ‘Yes Man’!


Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO walaupun didesak pemimpin parti.

Muhyiddin

Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tetap akan mempertahankan jawatan itu biarpun telah diberi amaran oleh beberapa pemimpin UMNO.

“Ada orang beri amaran kepada saya, meminta saya bercakap baik-baik.

“Takut nanti saya akan dipecat sebab saya sudah tidak ada kuasa,” katanya ketika berucap dalam perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh 2015 pada Jumaat.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut membidas pemimpin UMNO yang memberi amaran supaya beliau ‘kunci mulut’.

“Kenapa dulu semasa saya ada jawatan mereka tidak pernah beri amaran kepada saya. Dan sekarang baru nak cari salah saya.

‘What the Hell’, maaf saya cakap macam ini,” katanya yang tidak mendedahkan nama-nama pemimpin UMNO itu.

Muhyiddin juga menyatakan kekecewaannya selepas terdapat ahli UMNO daripada Johor dan Bahagian Pagoh yang mengatakan beliau seorang pengkhianat.

“Ada orang kata saya pengkhianat. Jangan panggil Muhyiddin nanti bergaduh. Orang Johor juga yang cakap,” tambahnya.

Muhyiddin menegaskan beliau tidak akan sesekali menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun telah kehilangan jawatan dalam Kabinet

“Ini kerana saya akan bertanggungjawab mengatakan kebenaran apa yang terjadi dalam BN/UMNO jika ada kesalahan.

“Takkan saya nak diam sahaja,” katanya lapor Free Malaysia Today

The Malaysian Insider pula mepaorkan..

"Kalau kawan kita buat sesuatu, kita tegur. Dia tengok kita dengan muka garang, kita sayang dia. Ini pandangan saya.

"Mungkin dia tak setuju. Tak apalah, dia bos. Yes bos!, You okay bos? Everything alright bos? Tapi saya bukan ‘yes man’!" katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di Johor.

Dalam ucapannya, Muhyiddin juga dilihat cuba untuk tidak menyebut perkataan "1MDB", sebaliknya perwakilan yang hadir menyebut nama syarikat itu.

"Saya diberi amaran jangan cakap pasal 1MDB. Sejak bila rakyat di Malaysia dikunci mulutnya. Apa isunya?" soalnya dan disambut laungan "1MDB" oleh perwakilan.

"Saya tidak sebut..." kata Muhyiddin dan menambah, "Mungkin mimpi pun kita akan fikir tentang apa?" Lalu perwakilan serentak menyahut: "1MDB".

Turut kelihatan di sekitar perkarangan kompleks sukan itu kain rentang yang tertera perkataan "Dare to Speak Out TSMY", merujuk singkatan namanya dan "Kami semua menyokong kepimpinan, tetap setia dan teruskan perjuangan parti" dengan gambar Muhyiddin memenuhi kain rentang tersebut.

Beliau dijangka merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh di lokasi sama esok.

Muhyiddin turut menegaskan beliau juga tidak akan sesekali melepaskan jawatan timbalan presiden Umno.

"Saya takkan letak jawatan (timbalan presiden). Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan yang dilihat menentang parti," katanya.

Beliau bagaimanapun bersyukur, mengatakan selepas digugurkan daripada Kabinet, beliau kini mampu menjalani kehidupan seperti rakyat biasa.

"Selepas peristiwa itu (gugur dari Kabinet), dunia yang tidak saya kenali lebih dekat dapat saya kenali.

"Kebebasan yang sewajarnya ada mungkin terhalang dan tersekat (selama ini). Mungkin selama 37 tahun saya tidak boleh lakukan perkara biasa seperti yang orang lain lakukan. (Sekarang) nak sarapan kedai mamak mana pun boleh," katanya.

"Bila saya digugurkan macam nikmat Tuhan itu dikembalikan kepada saya. Tidak perlu pergi pejabat, kerana tiada pejabat lagi," kata Muhyiddin mengulas situasi beliau kini susulan rombakan Kabinet 28 Julai lalu.

Sumber: Darisungaiderhaka

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon