Wednesday, August 05, 2015

'Rakyat Tak Marah Bayar Cukai Tinggi Jika Kebajikan Terjaga'


Status seorang jurugambar yang berkongsi pendapat di laman Facebook tentang sistem cukai pendapatan di Sweden mendapat perhatian warga media sosial.

Saiful Nang

Dalam status tersebut, jurugambar berkenaan, Saiful Nang, percaya jika kebajikan mereka dijaga, tiada sebab untuk rakyat naik berang walaupun terpaksa membayar cukai pendapatan yang tinggi.

Beliau memberi contoh negara Sweden, di mana rakyat negara tersebut perlu membayar cukai pendapatan sebanyak 45 peratus, di samping nilai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mencecah 20 peratus.

Biarpun begitu, dengan nilai yang dibayar penduduk negara itu, mereka diberi 'balasan' yang setimpal.

Ia diperolehi dalam bentuk pendidikan percuma di semua peringkat, sistem pengangkutan awam yang teratur dan murah, harga barangan makanan yang murah serta perkhidmatan kesihatan kelas pertama yang berpatutan.

Saiful Nang [2]

Dalam masa tiga jam selepas dimuat naik, status itu menerima lebih 50 ribu likers, dengan hampir 10 ribu perkongsian.

Saiful Nang merupakan pemilik syarikat fotografi CandidSyndrome, selain turut mendedikasikan masa dan tenaga untuk aktiviti kebajikan bersama Rumah Pengasih Warga Prihatin.

BACA INI JUGA: Wang Zakat Berjuta Ringgit, Orang Miskin Hidup Melarat

Sumber: Astroawani

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon